Berita Harian

TERTUSUK GUNTING

Pelajar sedang jalani aktiviti Pendidikan Seni ketika kejadian

- Oleh Khairul Azran Hussin, Nor Azizah Mokhtar dan Mohd Shukor Amin

Murid Tahun 6 nyaris buta gunting untuk aktiviti seni tertusuk enam sentimeter di kening

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, yang parah tertusuk gunting sedalam kira-kira lima sentimeter di kening mata kanannya, terpaksa menahan kesakitan hampir 15 jam sebelum dibedah.

Kejadian berlaku jam 12.20 tengah hari kelmarin ketika mangsa, Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin sedang melakukan aktiviti seni di makmal sekolahnya bersama rakan sekelas yang lain, namun pembedahan hanya dilakukan jam 3 pagi semalam.

Pengarah Hospital Sungai Buloh (HSB), Datuk Dr Khalid Ibrahim, berkata gunting itu berjaya dikeluarka­n menerusi pembedahan di hospital berkenaan yang bermula jam 3 pagi tadi.

“Pembedahan dilakukan sepasukan pakar Neurologi dibantu pakar Plastik dan Rekonstruk­tif HSB.

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Asraf Saiefuddin menahan kesakitan selepas sebilah gunting tertusuk di kening mata kanannya di Sabak Bernam, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Asraf Saiefuddin menahan kesakitan selepas sebilah gunting tertusuk di kening mata kanannya di Sabak Bernam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia