Berita Harian

TPM mahu penjelasan Riot isu pendatang

-

Johor Bahru: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatka­n pengesahan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, berhubung dakwaan 41 peratus daripada pekerja asing di negara adalah pendatang tanpa izin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mahu tahu dari mana Riot dapat angka itu.

“Saya akan tanya (menteri) beliau dapat angka dari mana? Saya nak tanya sendiri dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

“Tahun lepas dia (menteri) kata 4 juta (pekerja asing), tahun ini naik 2 juta. Dia dapat dari mana masalahnya? Dan siapa tahu dia (pekerja warga asing) ni pendatang asing tanpa izin,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Riot pada sidang Dewan Rakyat, kelmarin, bahawa bagi setiap 10 pekerja asing yang berdaftar di negara ini, ada tujuh lagi yang tidak mempunyai dokumen sah.

Sesi pendengara­n awam

Sementara itu, Ahmad Zahid mengumumka­n MCPF akan mengadakan sesi pendengara­n awam (townhall) dengan pemimpin masyarakat di seluruh negara bagi membantu agensi penguat kuasa menurunkan kadar jenayah.

Katanya, ia diputuskan pada mesyuarat EXCO MCPF, semalam dan akan diadakan segera pada peringkat nasional, negeri hingga peringkat daerah polis.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi MCPF berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan akan mengadakan mesyuarat penyelaras­an setiap dua bulan bagi membincang­kan strategi dan dasar MCPF dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zaid memaklumka­n indeks jenayah sepanjang Januari hingga September lalu menurun 0.8 peratus, iaitu 85,049 kes berbanding 85,739 pada tempoh sama tahun lalu.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Ahmad Zahid mempengeru­sikan mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dihadiri Noor Rashid (kanan) dan Lam Thye di Johor Bahru, semalam. yang turut
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Ahmad Zahid mempengeru­sikan mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dihadiri Noor Rashid (kanan) dan Lam Thye di Johor Bahru, semalam. yang turut
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia