Berita Harian

Legasi Raja Bhumibol dikenang: Hishammudd­in

-

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein menandatan­gani buku takziah di Kedutaan Thailand di sini semalam, sebagai tanda hormat di atas kemangkata­n Raja Thailand Bhumibol Adulyadej.

Hishammudd­in, yang tiba di kedutaan itu bersama isterinya Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada tengah hari, meluangkan masa kira-kira 20 minit di kedutaan.

Ketibaan mereka disambut Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan dan isteri beliau, Suwanna Phukphat.

“Baginda begitu dihormati di negaranya dan di seluruh dunia atas dedikasi baginda mendukung nilai sejagat. Baginda meninggalk­an satu legasi yang akan diingati generasi Menteri Pertahanan akan datang.

Doakan rakyat Thailand

“Saya bersama-sama rakyat Thailand berkabung atas pemergian Yang Mulia Raja Bhumibol, dan sentiasa mengingati serta berharap rakyat Thailand bersabar pada saat-saat sukar ini,” demikian ditulis Hishammudd­in di dalam buku takziah.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Roslan Saad turut hadir ketika lawatan itu.

Raja Bhumibol, 89, yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, mangkat di Hospital Siriraj di Bangkok, Khamis lalu.

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Hishammudd­in menandatan­gani buku penghormat­an Raja Bhumipol Adulyadej sambil diperhatik­an Tengku Marsilla dan Kraikruan (kanan berdiri) di Kedutaan Thailand, semalam.
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Hishammudd­in menandatan­gani buku penghormat­an Raja Bhumipol Adulyadej sambil diperhatik­an Tengku Marsilla dan Kraikruan (kanan berdiri) di Kedutaan Thailand, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia