Berita Harian

Kajian sikap belia terhadap Daesh siap hujung tahun

Kementeria­n Belia dan Sukan rangka program khas pencegahan elak golongan muda terpengaru­h

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Kajian sikap mengenai punca golongan muda menyertai kumpulan radikal seperti Daesh yang dilakukan oleh Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES), dijangka siap Disember depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kajian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara itu dilakukan dengan menemu bual belia yang pernah menyertai kumpulan militan Daesh yang kini ditahan di negara ini.

“Hasil kajian akan diserahkan kepada Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pembanguna­n Belia yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Januari depan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaik­an syarahan bertajuk ‘Kepemimpin­an Belia di Malaysia’ pada Persidanga­n Dunia Tamadun dan Pemikiran Islam 2016 (WCIT2016) di sini, semalam.

Khairy berkata, kementeria­nnya sudah berbincang dengan Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi serta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia berhubung kajian berkenaan.

Program khas

“Hasil kajian itu, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan merangka program khas pencegahan bagi mengelak golongan muda terpengaru­h dengan kumpulan radikal pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, dalam syarahanny­a, Khairy berkata, belia harus membuang sikap tidak acuh dan ‘tidak apa’ terhadap pelbagai perkara membabitka­n isu dan kepentinga­n negara.

Katanya, golongan itu bukan saja perlu mengambil tahu tetapi mengambil bahagian serta memberi sumbangan kepada negara.

“Ini adalah negara anda sama seperti orang lain. Jika anda mahu Malaysia yang lebih baik, ia memerlukan anda untuk ikut serta dan hadir untuk melakukan perubahan.

“Suara golongan muda adalah penting kepada negara. Jangan salahkan orang lain jika sikap tidak acuh anda menyebabka­n anda tidak dapat melakukan perubahan positif,” katanya.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Khairy Jamaluddin selepas menyampaik­an syarahan bertajuk ‘Kepemimpin­an Belia di Malaysia’ pada Persidanga­n Dunia Tamadun dan Pemikiran Islam 2016 di Ipoh, semalam.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Khairy Jamaluddin selepas menyampaik­an syarahan bertajuk ‘Kepemimpin­an Belia di Malaysia’ pada Persidanga­n Dunia Tamadun dan Pemikiran Islam 2016 di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia