Berita Harian

Penganjur wajib beri maklumat program kepada sekolah, PPD

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan mewajibkan penganjur program bina semangat atau jati diri disertai murid dan pelajar sekolah, memberi penerangan dan melampirka­n butiran maklumat modul program kepada sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kementeria­n juga memutuskan program sedemikian boleh diteruskan, tetapi tidak membabitka­n perkara boleh menimbulka­n trauma kepada pelajar, umpamanya penggunaan haiwan termasuk ular seperti kes di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

“Langkah itu bagi mengelak modul latihan tidak bersesuaia­n dan boleh menimbulka­n trauma kepada pelajar serta murid. Penganjur termasuk agensi kerajaan juga perlu membuat pengesahan dengan sekolah dan PPD mengenai maklumat program sebelum kebenaran diberikan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini semalam, beliau berkata, program jati diri di bawah kementeria­n itu ada prosedur operasi standard (SOP) seperti termaktub dalam Rancangan lntegrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diterapkan di setiap sekolah.

Kaji semula Kuala Lumpur,

Di Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata dua modul kursus bina jati diri membabitka­n murid dalam program Kem Kurikulum Sekolah Kebangsaan dilaksanak­an Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan dikaji semula.

“Latihan merentasi parit sedalam tidak sampai 0.6 meter dan modul 'burung hantu' (latihan melawan ketakutan). Berdasarka­n SOP, latihan itu tidak membabitka­n ular, namun dalam kes baru-baru ini, pembantu jurulatih melempar ular dalam parit.

“Ia jelas tidak mengikut SOP dan memang salah kerana melanggar SOP,” katanya yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap APM, ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Bahagian Operasi APM, Datuk Selamat Dahalan, berkata pihaknya tidak pernah membenarka­n penggunaan binatang dalam semua program jati diri dikendalik­an termasuk Modul Pembinaan Kumpulan Murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia