Berita Harian

Prasarana beri diskaun tambang sejak 2012

Kad Myrapid tawar potongan 50 peratus kepada pelajar guna LRT, monorel, bas di Lembah Klang

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Prasarana Malaysia Berhad yang turut tersenarai sebagai rakan dagang Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) menawarkan diskaun tambang lebih awal kepada pelajar, sebelum program KADS1M diperkenal­kan pada tahun 2012.

Program diskaun tambang itu dikenali sebagai Rapidpass Pelajar dilancarka­n pada tahun 2010 kini dikenali sebagai Kad Myrapid dengan pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna sistem Aliran Transit Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang.

Jimat 50 peratus

Lebih menarik bagi pelajar yang menggunaka­n perkhidmat­an itu di antara jam 6 pagi hingga 7 pagi diberi lagi penjimatan sebanyak 50 peratus daripada harga selepas diskaun khas pelajar.

Tinjauan wartawan BH mendapati, tawaran berkenaan menyebabka­n program KADS1M kurang mendapat perhatian, malah pelajar yang memiliki KADS1M

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Pelajar Universiti Lim Kok Wing, Suang Sian Muang dari Myammar menggunaka­n kad Myrapid pelajar yang mendapat potongan harga.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Pelajar Universiti Lim Kok Wing, Suang Sian Muang dari Myammar menggunaka­n kad Myrapid pelajar yang mendapat potongan harga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia