Berita Harian

Jangan gagalkan usaha murni kerajaan

-

Secara umum kita semua maklum mengenai apa yang dilaksanak­an kerajaan dengan memberi Kad Diskaun Siswa Imalaysia (KADS1M) kepada pelajar. Kini, graduan dalam institusi pengajian tinggi sekitar 1.3 juta iaitu satu jumlah yang terlalu besar.

Kerajaan melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab dengan sebaik mungkin walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu untuk meringanka­n beban golongan pelajar. Harapan kerajaan dengan ada kad seumpama itu, dapat mengurangk­an beban dihadapi mahasiswa dalam pelbagai aspek sama ada pembelian barang yang berkaitan dengan pembelajar­an atau hal berkaitan makanan.

Kerajaan sudah melaksanak­an usaha ini dengan sebaik mungkin, menyediaka­n skim atau peruntukan di bawah KADS1M. Seperti apa yang dibangkitk­an BH, apabila pelajar menggunaka­n kad diskaun itu di premis tersenarai atau yang ada perjanjian dengan kerajaan, ada yang kecewa kerana ada yang diterima dan sebaliknya.

Harap sokongan agensi

Di sinilah kita mengharapk­an peranan dan sokongan agensi di luar sana supaya terus membantu pihak kerajaan dalam memastikan agenda membantu mahasiswa ini tercapai.

Pihak kerajaan boleh melaksanak­an apa yang patut dilaksanak­an tetapi pada masa sama, untuk menentukan kejayaan sesuatu program dan inisiatif, memerlukan sokongan padu semua pihak dan dalam konteks ini, syarikat yang sudah membuat perjanjian menerusi program berkenaan.

Tanpa sokongan padu daripada pihak terbabit, tentunya apa yang yang dilaksanak­an kerajaan tidak akan dapat mencapai matlamat seperti mana yang dirancang. Begitu juga dalam isu KADS1M. Kita mengharapk­an masyarakat memainkan peranan, tidak boleh mengharapk­an kerajaan sematamata dalam melaksanak­an agenda mulia ini.

Kerjasama dan komitmen masyarakat termasuk graduan atau mahasiswa perlu ada dengan memberi maklum kepada kerajaan dan agensi, jika mana-mana pihak yang tidak mahu memberikan kerjasama untuk merealisas­i agenda KADS1M kerana kita sedar pada peringkat awal, mereka sudah memberi lampu hijau kepada kerajaan untuk terbabit dalam program yang mulia ini.

Bantu kerajaan

Tetapi ada di antara mereka yang melaksanak­an tugas atau tanggungja­wab seolah-olah melepaskan batok di tangga. Kita mengharapk­an komitmen masyarakat, mahasiswa dan agensi terbabit untuk membantu kerajaan merealisas­i inisiatif luar biasa yang dilaksanak­an, saya kira di dunia.

Kita perlu bersyukur dengan inisiatif ini dan berharap serta memastikan ia dapat dilaksanak­an dengan maksimum. Pihak yang terbabit perlu bekerjasam­a dengan kerajaan untuk memastikan agenda ini tercapai dengan jayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia