Berita Harian

Kejutan mampu pengaruhi undi Clinton, Trump

-

Debat Hillary Clintondon­ald Trump yang kedua pada 9 Oktober diikuti siri ketiga, kelmarin. Ramai melihat siri debat ini sebagai titik peralihan penting dalam menentukan calon mana mempunyai potensi memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS). Persoalann­ya, adakah prestasi kedua-dua calon dalam siri debat ini akan diterjemah­kan ke dalam undi?

Pada 8 November depan, rakyat AS akan membuang undi. Sekiranya kita teliti peratus penyertaan pengundi dalam sejarah Pilihan Raya Presiden AS, kita dapati peratusnya tidak pernah mencapai lebih 63 peratus sejak 1960. Bagi pilihan raya 2008 dan 2012, hanya 58.23 peratus dan 54.87 peratus, keluar mengundi.

Dalam situasi di mana wujudnya persaingan sengit antara calon presiden, Clinton dan Trump, peratus mereka yang mengundi adalah genting dalam menentukan kemenangan. Menurut tinjauan Pew Research Center dalam kalangan bakal pengundi pada awal Julai 2016, 84 peratus memilih isu ekonomi sebagai keutamaan, manakala 80 peratus, isu keganasan. Ini berbeza dengan 87 peratus yang memilih isu ekonomi berbanding 68 peratus isu keganasan pada 2008.

Apa ertinya ini untuk pilihan raya akan datang? Sejak sekian lama, isu ekonomi sememangny­a sentiasa menjadi keutamaan pengundi AS. Apatah lagi apabila negara itu mempunyai jurang ketaksamaa­n ekonomi dan sosial yang begitu luas. Ramai tidak menjangka Trump akan dipilih mewakili parti Republikan dalam pilihan raya presiden 2016.

Sekiranya sebelum ini ramai menyumbang kejayaan Trump kepada sokongan kelas pekerja berpendidi­kan rendah semata-mata, ternyata kenyataan ini meleset. Trump berpegang kepada dasar pemencilan, menyokong amalan perlindung­an perdaganga­n dan polisi domestik yang sangat agresif dan berbelah-bahagi.

Banyak sebab kenapa dua golongan ini menyokong Trump. Paling utama, kecewa dengan hala tuju ekonomi AS, bimbang akan persaingan global, terutama sekali dengan China, kadar penganggur­an tinggi, dasar imigresen longgar dan dasar populis yang mengutamak­an kebajikan semua, termasuk golongan imigran.

Paling menarik, ramai penyokong Trump ini sebenarnya selesa dengan keadaan ekonomi tetapi mereka menyokong Trump kerana dipercayai bimbang dengan masa depan generasi akan datang. Bagi mereka, sekiranya tidak diselesaik­an segera, masa depan anak cucu mereka amat gelap. Pada masa sama tidak dapat dinafikan, populariti Trump juga disebabkan perkembang­an dan kenaikan golongan kanan bukan sahaja di AS tetapi juga di Eropah.

Antimigran/minoriti

Justeru, pegangan Trump yang antimigran/minoriti termasuk Muslim juga berjaya menarik perhatian sebahagian besar masyarakat kulit putih, terutama penyokong parti Republikan. Peningkata­n golongan fanatik kulit putih di AS semakin ketara. Ini jelas terbayang dalam beberapa kes keganasan polis dan profil perkauman membabitka­n warga kulit hitam. Begitu juga beberapa insiden keganasan membabitka­n warga kulit putih dan juga Muslim AS sering menerima laporan berat sebelah media AS. Amalan double standard media AS ini juga mengukuhka­n kedudukan Trump dalam pilihan raya ini.

Justeru, bagi penyokong tegar Trump, adakah persembaha­n Trump dalam siri debat ini menjadi ukuran bagi mereka mengalih sokongan kepada Clinton? Rata-rata mereka akan terus menyokong kerana sudah biasa mendengar serta menerima segala ‘penipuan’ Trump dalam usaha menjadikan America Great Again. Sama juga bagi Clinton, kebanyakan mereka yang tidak menyokong beliau tidak akan beralih undi.

Bagaimana pula dengan mereka yang duduk di atas pagar? Peratus ini terlalu kecil iaitu hanya 11 peratus, menurut pungutan suara Washington Post dalam kalangan mereka yang mengikuti debat presiden pertama. Ada kemungkina­n juga, kumpulan ini tidak menyokong Trump tetapi membuat keputusan menyokong calon bebas seperti Gary Johnson dari Parti Libertaria­n atau Jill Stein dari Parti Hijau. Dalam satu pertanding­an sengit seperti ini, peratus mereka yang mengundi calon bebas amat signifikan dalam menentukan kejayaan seseorang calon presiden.

Jelas, walaupun siri debat ini diadakan bagi tujuan pengundi membuat keputusan menilai dan menjangka prestasi calon apabila dilantik sebagai presiden nanti, ia sebenarnya tidaklah memainkan peranan besar dalam menentukan siapa bakal menjadi calon presiden AS nanti. Kedudukan Trump yang amat kukuh sebelum ini tergugat bukan kerana prestasi beliau semasa siri debat tetapi hasil pendedahan video tahun 2005 yang memperleke­hkan wanita sehingga beliau terpaksa memohon maaf dalam debat kedua.

Ini diikuti pendedahan beberapa wanita lain mengenai gangguan seksual oleh Trump terhadap mereka. Tumpuan media kepada isu Trump ini menyebabka­n Clinton terlepas daripada segala kesalahan seperti rasuah yang didedahkan Wikileaks termasuk sokongan Wall Street, penipuan ketika primary, isu salah guna Yayasan Clinton, penggunaan e-mel peribadi untuk kerja rasmi, pendirian properang dan kaitannya dengan isu di Libya dan Daesh.

Pelantikan Presiden AS bukan bergantung kepada undi popular semata-mata tetapi undi pemilih. Bagi calon presiden untuk menang pilihan raya, mereka perlu 270 undi pemilih. Sekiranya diperhatik­an negeri biru (Demokrat) yang mempunyai asas kuat dan condong kepada Demokrat (biru) sehingga kini, mengikut realclearp­olitics.com, jumlah undi pemilih yang diraih Clinton adalah 256 berbanding 170 untuk Republikan.

Jika Clinton mampu memenangi negeri undi seimbang seperti Florida (29), beliau boleh menang. Bagaimanap­un, Trump masih pesaing sengit untuk Clinton yang juga amat bermasalah dari segi pendirian politik dan soal rasuah. Sekiranya berlaku kejutan dalam bentuk serangan keganasan, dalam tempoh tiga minggu menjelang pilihan raya, tentu peluang Clinton menjadi wanita pertama sebagai Presiden AS akan tergugat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia