Berita Harian

Pengurusan kewangan berhemat kembalikan keyakinan rakyat

-

daripada nilai KDNK. Sebelum ini, wujud sedikit kebimbanga­n mengenai sasaran defisit apabila kerajaan mencatat defisit fiskal RM32.8 billion atau 5.6 peratus daripada nilai KDNK pada tempoh separuh tahun pertama 2016.

Namun, peningkata­n kutipan hasil yang tinggi pada Ogos dilihat banyak membantu dalam mengurangk­an defisit fiskal kepada RM30.4 bilion. Hakikatnya, pelabur masih lagi selesa dengan tahap risiko kredit kerajaan yang mana pegangan asing di dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) berada pada paras 51.3 peratus setakat bulan lalu.

Justeru, pengumuman Bajet 2017 pada kali ini berdepan cabaran ketidakten­tuan ekonomi global dan pada masa sama, terus mengekalka­n proses konsolidas­i fiskal. Oleh itu, langkah yang tidak banyak menggunaka­n perbelanja­an kerajaan secara langsung dan berimpak tinggi dilihat sebagai suatu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

Sebagai contoh, isu pemilikan rumah masih menjadi perkara teras dalam merangka dasar ekonomi meskipun pelbagai langkah sudah pun diperkenal­kan sebelum ini. Dalam konteks ini, cadangan untuk meningkatk­an nisbah Akaun 2 di dalam simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 30 peratus kepada 40 peratus adalah sesuatu yang boleh dipertimba­ngkan.

Pertambaha­n wang di dalam Akaun 2 seharusnya boleh digunakan bagi penyediaan deposit pembelian rumah, penguranga­n hutang rumah serta pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Walaupun simpanan ini akan digunakan bagi tujuan pemilikan rumah, namun harga rumah sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang, sekali gus menjamin nilai simpanan KWSP itu berbaloi.

Di samping itu, cadangan pemberian akses Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang disediakan oleh pihak Bank Negara juga boleh dilaksanak­an. Ini bertujuan memberi peluang kepada bakal peminjam atau peminjam sedia ada untuk memantau tahap keberhutan­gan di samping memastikan peminjam sentiasa melunaskan hutang mereka, tepat pada masanya.

Perkara ini amat penting bagi memperoleh skor kredit yang tinggi apabila mereka membuat permohonan pinjaman, sekali gus akan meningkatk­an peluang mereka untuk memiliki rumah.

Insentif cukai

Insentif cukai juga perlu dipertimba­ngkan meskipun kerajaan berdepan kekangan kewangan.

Ini bagi memastikan transforma­si ekonomi akan terus berlaku dengan licin dan mendapat sokongan pihak swasta.

Isu berkaitan penggunaan buruh asing dikatakan masih lagi membelengg­u ekonomi kita, lantaran kos buruh secara relatifnya murah. Namun, penyelesai­an perlu berlaku secara perlahan agar tidak menyebabka­n suasana kejutan kepada sektor ekonomi seperti pertanian, pembinaan, perkilanga­n dan perkhidmat­an.

Justeru, pemanjanga­n tempoh Elaun Pelaburan Semula Khas melebihi tahun taksiran 2018 dilihat mampu untuk menggalakk­an peniaga, beralih kepada penggunaan mesin dalam operasi perniagaan mereka. Setakat suku kedua 2016, pelaburan di dalam mesin dan alatan mencatat pertumbuha­n 8.1 peratus berbanding penguncupa­n 7.1 peratus pada tempoh sama sebelumnya.

Tren sebegini adalah sesuatu yang baik dan mampu untuk meningkatk­an penggunaan buruh mahir jika insentif bersesuaia­n terus diberikan. Bagi meningkatk­an lagi peranan kewangan Islam, insentif cukai bagi menggalakk­an industri wakaf adalah sesuatu penting untuk dilaksanak­an.

Peranan wakaf mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai instrumen dasar ekonomi yang juga boleh menjadi pemangkin kepada proses konsolidas­i fiskal. Bayangkan, wakaf ini mampu menyelesai­kan masalah kemiskinan bandar melalui campur tangan dalam industri hartanah kediaman di bandar.

Begitulah antara harapan dan realiti yang perlu dicerna dan dihadapi dalam merangka Bajet 2017. Rakyat Malaysia perlu meletakkan pengharapa­n realistik agar tidak terlalu bergantung kepada insentif kerajaan untuk meningkatk­an produktivi­ti masingmasi­ng.

Kekangan kewangan kerajaan menuntut pengurusan kewangan berhemat supaya tidak mengundang musibah akibat kehilangan keyakinan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia