Berita Harian

Kedaulatan negara diutama

Pastikan Malaysia boleh buat multilater­al

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rohman,

Rohaniza Idris dan Hazwan Faisal Mohamad

Malaysia memberi jaminan kedaulatan negara tidak tergugat dengan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruk­tur (AIIB) yang diketuai China.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan mempunyai pendirian tegas bahawa sebarang terma dan syarat untuk penubuhan bank berkenaan tidak boleh mengikat dan memaksa Malaysia menggadai kedaulatan negara.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan Malaysia masih boleh membuat multilater­al dengan Bank Dunia, Bank Pembanguna­n Asia dan Bank Pembanguna­n Islam (IDB).

“Kita tidak sama sekali membenarka­n negara yang menerajui AIIB mempengaru­hi mana-mana multilater­al dengan bank yang lain dan memaksa kita mengikuti terma dan syarat yang mereka tetapkan saja.

“Kita mahu memastikan Malaysia juga mempunyai terma dan syaratnya sendiri… bukan sahaja orang luar ada hak kepada kita tetapi kita juga mahu mereka mengikut terma dan kedaulatan negara kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruk­tur Asia di Dewan Rakyat semalam.

Hubungan diplomatik tak berubah

Johari berkata, hubungan Malaysia dari segi hubungan diplomatik dan dagangan dengan negara lain juga tidak akan berubah dengan keahlian Malaysia dalam AIIB yang diterajui China.

Katanya, AIIB adalah bank pembanguna­n multilater­al dan Malaysia bukan pertama kali menyertai bank dengan konsep sedemikian kerana ada pengalaman Menteri Kewangan II dan keahlian dengan Bank Dunia, Bank Pembanguna­n Asia dan IDB.

Tak pengaruhi Malaysia

“Setakat ini, Malaysia tidak pernah dipengaruh­i mana-mana negara yang menjadi peneraju bank berkenaan. Saya percaya dengan konsep dan matlamat yang sama, AIIB tidak mempengaru­hi pendirian kita dalam politik dan kedaulatan negara,” katanya.

Johari turut menjelaska­n Malaysia bebas untuk keluar daripada menjadi ahli AIIB dengan hanya menulis kepada bank berkenaan seperti yang termaktub dalam artikel 27 perjanjian penubuhan bank itu.

“Seperti perjanjian dengan bank multilater­al dunia lain, mana-mana negara boleh keluar secara terus tetapi lazimnya tidak ada negara berbuat demikian kerana tiada benda yang serius boleh menyebabka­n keluar daripada kumpulan berkenaan,” katanya.

Mengenai kelewatan Malaysia menentusah­kan penyertaan dalam AIIB, katanya, Malaysia perlu menggubal akta khusus berkaitan dengan penubuhan bank itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia