Berita Harian

Tindakan ke atas kilang, premis cemar sungai dibincang Isnin

-

Alam Sekitar Negara disaran memberi kuasa kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengeluark­an arahan kepada pemilik supaya kilang dan premis haram didaftarka­n.

Ini bagi membolehka­n tindakan undang-undang diambil terhadap kilang dan premis yang beroperasi berhampira­n sungai hingga menyebabka­n pencemaran, termasuk ditutup.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata cadangan itu berikutan ada kerajaan negeri tidak serius menangani perkara berkenaan seperti pencemaran di Sungai Semenyih, Selangor, bulan lalu.

Sehubungan itu, katanya, mesyuarat Majlis Alam Sekitar Negara pada Isnin ini, akan membincang­kan cadangan berkenaan.

Ambil tindakan undang-undang

“Dalam mesyuarat itu, saya akan senaraikan kilang dan premis yang beroperasi di tepi sungai yang berpotensi untuk berlaku pencemaran. Jika bersetuju, kementeria­n akan diberi kuasa untuk mendaftark­an kilang atau premis haram ini.

“Selepas menjadi premis berdaftar, kita menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) boleh mengambil tindakan undang-undang, termasuk menutup operasi mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Minta kerjasama kerajaan negeri

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata beliau pernah meminta kerjasama kerajaan negeri supaya mengambil tindakan terhadap kilang dan premis haram tetapi tidak mendapat kerjasama daripada pihak berkenaan.

“Jadi saya perlu mengambil tindakan,” katanya.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup beberapa kali bulan lalu susulan pencemaran yang dikesan sehingga menjejaska­n lebih 1.2 juta pengguna di kawasan sekitar Lembah Klang..

 ??  ?? Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia