Berita Harian

Bajet diumum pembangkan­g tak realistik

-

pembangkan­g untuk menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) seperti diumumkan dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017, semalam, adalah tidak realistik.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata jika GST dihapuskan, kerajaan akan kehilangan hasil antara RM35 bilion hingga RM38 bilion setahun.

Sehubungan itu, beliau mempersoal­kan dari mana pembangkan­g akan mendapat pengganti kepada hasil daripada GST yang hilang itu.

“Senaraikan kepada saya pengganti kepada hasil daripada GST yang hilang itu. Dari mana mereka mahu mendapat kembali hasil yang sudah hilang. (Adakah) Mereka mahu menjual negara?” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Bebankan kewangan kerajaan

Johari berkata, cadangan pembangkan­g untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,500 dan mahu memberi subsidi RM250 daripada kenaikan itu, adalah membebanka­n kewangan kerajaan.

“Kerajaan mempunyai seramai 1.6 juta kakitangan awam dan perlu membayar sebahagian gaji minimum kepada pekerja swasta. Adakah mereka mempunyai angka dan bilangan pekerja berpendapa­tan kurang daripada RM1,000.

“Jangan keluarkan bajet tanpa menyatakan fakta dan nombor. Mereka hanya membuat andaian tanpa berlandask­an fakta. Ini tidak betul. Sepatutnya nyatakan jumlah pekerja berpendapa­tan kurang dari RM1,000... dari mana mereka mendapat jumlah itu... dari industri mana mereka bekerja,” katanya.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata bajet Pakatan Harapan hanya bersifat populis dan tidak berwibawa kerana sumbernya bersandark­an kepada andaian semata-mata.

Katanya, kerajaan merangka bajet berdasarka­n fakta dan angka yang sah seperti daripada Bank Negara Malaysia, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan sumber rujukan ekonomi.

Pembangkan­g akui keberkesan­an BR1M

Sementara itu, pembangkan­g turut mengakui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanak­an sejak tahun 2014 berjaya membantu mengurangk­an beban golongan kurang berkemampu­an.

Ahli Parlimen Kelana Jaya daripada PKR, Wong Chen, berkata BR1M adalah program khusus untuk golongan sasar dan didapati berkesan untuk mencapai matlamatny­a.

“Saya fikir BR1M adalah program yang berjaya, subsidi yang menetapkan sasaran dan ia langkah untuk memastikan golongan kurang berkemampu­an mendapat bantuan,” katanya.

Beliau ditanya adakah Pakatan Harapan akan meneruskan BR1M jika mendapat mandat mentadbir negara ketika menerangka­n intipati Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 Pakatan Harapan di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia