Berita Harian

Raja Muda Perlis hadir pratonton pameran seni

Peluang peminat mengamati hasil karya pada ekspo paling lama di Asia Tenggara

- Oleh June Moh

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, malam tadi, menghadiri majlis pratonton kenamaan Ekspo Seni Malaysia 2016 yang menjadi pentas pameran 300 artis seni dari seluruh negara di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE (MECC), di sini.

Tuanku Syed Faizuddin turut menandatan­gani poster ekspo seni dan menyerahka­nnya kepada Pengasas Ekspo Seni Malaysia, Datuk Vincent Sim Tiak Choo.

Yang turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama , Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara, Datuk Mahadzir Lokman dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud.

Sementara itu, Tiak Choo dalam ucapan pada majlis itu, berkata ekspo berkenaan adalah yang paling lama pernah dianjurkan di Asia Tenggara, malah dikenali ramai sebagai pentas untuk orang ramai mengamati karya seni secara percuma sejak ia diadakan pada 2007.

“Sudah 10 tahun pameran ini dianjurkan dan ia bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan komitmen tinggi untuk berdepan pelbagai cabaran dalam industri seni di Malaysia.

“Ia bukan usaha sia-sia kerana penganjura­n Ekspo Seni Malaysia adalah pameran antarabang­sa terbesar di negara ini, malah menyumbang kepada pembanguna­n industri seni,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia