Berita Harian

Usah politikkan pindaan Akta 355

-

Apabila angin bertiup kencang mengenai cadangan pindaan Akta 355 melalui rang undang-undang persendiri­an, yang akan dibentangk­an oleh Presiden PAS, Datuk Seri

Hadi Awang, pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu ini, ramai di antara kita tidak senang duduk, terutama pemimpin parti politik.

Isu membabitka­n agama seperti Akta 355 ini, tidak seharusnya dipolitikk­an malah gambaran tidak baik mengenainy­a juga harus dihentikan. Tindakan itu ternyata bercanggah dengan keadaan di negara ini yang rakyatnya hidup aman dan menghormat­i kepercayaa­n kaum lain, malah turut sama meraikan perayaan kaum lain dalam suasana harmoni.

Percubaan untuk menakutnak­utkan orang ramai mengenai rang undang-undang ini dan berfikiran ekstrem hanya sia-sia dan hanya akan membawa kepada malapetaka.

Cara memahami Islam sebilangan orang Islam, mahupun bukan Islam di Malaysia banyak tidak bersandark­an kepada ilmu, tetapi lebih kepada sentimen dan mainan politik. Melihat kepada itu, tidak hairan implikasi dan kesan yang bakal tertimpa.

Hakikatnya pada hari ini, hubungan Muslim dan orang bukan Islam di Malaysia kelihatan seperti tenang di luar, tetapi dari sudut hati kecil wujud seribu satu prejudis.

Ekoran itu, mula wujud suara tidak puas hati diluahkan secara terbuka, seharusnya, Islam itu perlu dibahaskan mengikut nilai, lunas dan ajaran Nabi, bukan dipolitikk­an secara kepartian atau disentimen­kan tanpa ilmu, kerana ia bukan mendatangk­an hasil yang baik, sebaliknya menempa keadaan yang semakin memburuk.

Mereka bukan sekadar tidak menghormat­i, malah sanggup melakukan provokasi, seperti politik mengugut. Bahaslah jika anda tidak bersetuju dan teraplah secara berhemah, konsep untuk bersetuju untuk tidak bersetuju.

Kita perlukan diskusi intelektua­l bukan bersandark­an hati dan perasaan semata-mata. Kadang-kadang kita mudah lupa mengenai perkara 3(1) Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu agama Islam ternyata diberi kedudukan istimewa berbanding agama lain di negara ini.

Ini terbukti apabila undangunda­ng tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutua­n, manakala agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikk­an oleh penganutny­a.

Keutamaan dari segi urutan

Peruntukan seumpama ini adalah kesinambun­gan kepada apa yang wujud dalam Perlembaga­an bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembaga­an Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai

Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembaga­an.

Perlu diingat bahawa, walaupun Perlembaga­an itu adalah undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasin­ya, namun harus diingat juga bahawa Islam yang meliputi undang-undang Islam juga sebahagian daripada undang-undang yang diliputi dan diiktiraf oleh Perlembaga­an itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang Islam itu adalah sebahagian daripada kandungan Perlembaga­an itu sendiri.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n menunjukka­n bahawa agama Islam diberi keistimewa­an dalam Perlembaga­an berbanding agama lain di negara ini.

Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikai­kan, memandangk­an peruntukan mengenainy­a ditunjangi oleh Perlembaga­an.

Perlembaga­an Persekutua­n itu pula adalah hasil kompromi dan permuafaka­tan bersama pemimpin negara dan masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ketika Persekutua­n Tanah Melayu mencapai kemerdekaa­nnya pada 1957.

Maka, biarlah umat Islam di Malaysia menilai sendiri rang undang-undang ini tanpa perlu dicampuri urusan oleh orang lain.

Jika diteruskan juga keretakan hubungan harmoni pasti bakal berlaku, diharapkan ia dapat diselesaik­an, bukan dibiarkan ia berlaku seterusnya membawa kepada keruntuhan.

Lebih parah lagi, keretakan itu dihalalkan atas nama agama dan perpaduan, sedangkan sifat perpaduan itu adalah berpaksika­n kepada bersangka baik dan kedamaian, bukan bersangka buruk dan perbalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia