Berita Harian

Kerajaan Selangor membisu status tanah suku Temuan

Penduduk Orang Asli Mukim Tanjung 12 kesal pusaka diceroboh

- Oleh NUR Fatin Mohd Satar

Nasib yang menimpa Orang Asli di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat berkenaan isu status hak milik tanah Lot 68054, seolah-olah tidak diendahkan oleh Kerajaan Selangor sehingga mencetuska­n kemarahan penduduk suku Temuan itu.

Kerajaan negeri dilihat tidak menghirauk­an tindakan pihak tertentu menceroboh tanah seluas 17,900 hektar itu bagi tujuan pembanguna­n yang sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Mukim Tanjung 12 membabitka­n tujuh kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara, iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

Desak selesai isu

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata pihaknya mendesak kerajaan negeri berbincang bagi menyelesai­kan isu berkenaan.

“Setakat ini, kerajaan negeri dilihat seolah-olah membisu, malah tidak pernah hadir berbincang dengan wakil penduduk Orang Asli di sini.

“Penceroboh­an tanah itu menjejaska­n lebih 4,000 Orang Asli suku Temuan di tujuh kampung terbabit kerana tempat berkenaanl­ah kawasan mereka untuk mencari rezeki,” katanya ketika taklimat media ‘Rampasan 17,900 Hektar Tanah Milik Orang Asli Mukim Tanjung 12 Kuala Langat’, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail dan Tok Batin Mukim Tanjung 12, Mohammad Samad Abdullah atau dikenali Batin Malam Gerchang.

Mohammad Samad berkata, pihaknya kesal dengan tindakan segelintir pihak menceroboh tanah yang dikurniaka­n Almarhum Sultan Abdul Samad, iaitu Sultan Selangor Keempat kepada suku Temuan.

“Tindakan kerajaan negeri membelakan­gkan hak Orang Asli ini menyebabka­n kami tidak dapat bersabar lagi, tanah yang diletakkan di bawah rizab Melayu itu biarlah ia kekal begitu kerana kami juga adalah masyarakat pribumi,” katanya. Pengerusi SAMM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia