Berita Harian

Selangor tutup 4 pusat pemindahan

-

Klang: Hanya Pusat Pemindahan Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali, Kapar, terus dibuka berikutan rumah penduduk belum boleh diduduki ekoran dilanda banjir kilat akibat fenomena air pasang besar luar biasa.

Ketua Bomba Zon Klang, Amer Haizal Sahak, berkata rumah penduduk masih lagi dinaiki air (ketika air pasang), namun paras air dijangka turun.

Penduduk sudah pulang ke rumah

Sehingga jam 3 petang semalam empat pusat pemindahan, masing-masing tiga di Sabak Bernam dan satu di Kampung Tok Muda, Klang, ditutup berikutan penduduk sudah pulang ke rumah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor, berkata keseluruha­n 236 penduduk daripada 53 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Pusat pemindahan ini ditutup berikutan keadaan air laut kembali turun antara 5.0 meter hingga 4.8 meter berbanding sebelumnya,” katanya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia