Berita Harian

MARA harap peruntukan pelajaran, niaga tak terjejas

Pembiayaan ringankan beban pelajar, usahawan Bumiputera

- Oleh Haryani Ngah

MARA berharap peruntukan untuk agensi itu tidak terjejas dalam Bajet 2017 untuk meneruskan program pembiayaan pendidikan di bawah Institusi Pelajaran MARA (IPMA) bagi pengajian di dalam dan luar negara.

Pengerusin­ya, Tan Sri Annuar Musa, berkata agensi berkenaan memahami situasi yang dihadapi kerajaan ketika ini agak sukar berikutan keadaan semasa ekonomi dunia, yang menyebabka­n banyak peruntukan terpaksa dihadkan.

“Kami mengharapk­an berita baik pada pembentang­an bajet kali ini supaya boleh terus menyemarak­kan ekonomi pada 2017, terutama pembiayaan pelajaran di bawah IPMA bagi pengajian di dalam dan luar negara.

“MARA juga berharap dapat membantu kerajaan menyegarka­n ekonomi negara dalam situasi sukar ini dengan melahirkan lebih ramai usahawan dan berharap dapat menyediaka­n pelbagai insentif dan program untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, semalam.

Tingkat kesedaran cegah rasuah

Yang turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Mengenai persefaham­an dengan SPRM, Annuar berkata, MARA bekerjasam­a dengan suruhanjay­a berkenaan sejak 2012 untuk meningkatk­an kesedaran pencegahan rasuah, bukan sahaja dalam kalangan kakitangan­nya, tetapi juga pelajar di IPMA dan Maktab Rendah Sains MARA.

“Jika ada di antara kakitangan MARA terbabit dalam aktiviti itu, kami tidak teragakaga­k untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.

 ?? [ FOTO AZHAR RAMLI/BH ] ?? Annuar (tengah) menyaksika­n Ibrahim (tiga dari kiri) dan Shamshun Baharin (tiga dari kanan) bertukar dokumen perjanjian pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan SPRM, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AZHAR RAMLI/BH ] Annuar (tengah) menyaksika­n Ibrahim (tiga dari kiri) dan Shamshun Baharin (tiga dari kanan) bertukar dokumen perjanjian pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan SPRM, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia