Berita Harian

Guru Besar diberi amaran, pindah tempat lain

-

Kuala Lumpur: Guru Besar sebuah sekolah di Sandakan, Sabah yang terbabit dalam kes muat naik video lucah dalam kumpulan Whatsapp, sudah diberi amaran bertulis dan dipindah bertugas ke tempat lain, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an.

Sambil menegaskan kementeria­n tidak pernah memandang ringan isu etika dan kelakuan pendidik, beliau berkata, tindakan berkenaan diambil susulan siasatan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang selesai dalam tempoh 15 hari bekerja.

“Tindakan diambil selepas kementeria­n berpuas hati dengan hasil siasatan PPD. Setiap aduan yang diterima kementeria­n, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD adalah mengikut prosedur standard pengurusan aduan awam,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP Kulai) di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab soalan tambahan Nie Ching mengenai kesesuaian guru berkenaan terus dibenarkan mengajar, sedangkan kesalahann­ya besar, Kamalanath­an berkata, guru besar itu hanya pentadbir kumpulan Whatsapp terbabit.

“Guru berkenaan dikenakan tindakan kerana mewujudkan kumpulan Whatsapp untuk berhubung berkaitan hal ehwal sekolah, bukannya memuatnaik tajuk (video lucah) itu. Guru besar itu mengakui kesilapan mewujudkan kumpulan itu, justeru kita beri amaran dan memindahka­n beliau,” katanya.

Guru bertindak matang Sepang,

Di Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG), Dr Noriati A Rashid mengingatk­an guru agar bertindak matang, fokus agenda mendidik generasi masa depan, tidak mudah terpengaru­h dengan laporan berita dalam media sosial atau terbabit dalam program menjejaska­n kewibawaan mereka.

“Sudah ada beberapa kes guru memuat naik status atau komen tidak sepatutnya di media sosial sehingga menyebabka­n kerjaya mereka terheret sama dalam isu berkenaan. Saya tidak mahu kes seumpamany­a berulang.

“Saya nasihatkan guru supaya tumpukan kepada kerjaya, jangan sekalikali melakukan sesuatu yang boleh menjejaska­n nama baik sektor perguruan. Guru boleh dianggap ejen perpaduan dan tidak boleh menjadi mangsa emosi dalam apa perkara sekalipun.

“Emosi sedemikian mempengaru­hi atau mendorong guru bercakap perkara tidak sepatutnya dalam kelas. Akhirnya, mereka tidak mengajar, sebaliknya bercerita kepada murid mengenai isu berkenaan,” katanya berucap pada majlis penutup Program Transforma­si Minda 2016 di Tanjung Rhu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia