Berita Harian

Perkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

-

Sepang: Semua pihak perlu bersamasam­a menggemble­ng usaha untuk memartabat­kan bahasa Melayu pada tahap terbaik.

Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata setakat ini Bahasa Kebangsaan itu masih belum lagi mencapai tahap kepada bahasa ilmu.

Beliau yang juga Pengasas Yayasan Budi berkata, masalah penggunaan bahasa yang salah turut dilihat berleluasa seperti menerusi papan tanda menggunaka­n bahasa Inggeris di samping terdapat banyak istilah tidak dirujuk.

“Kita megah dengan bahasa Inggeris tanpa penotasi yang benar. Jadi sekarang sampai masa kita kembali kepada bahasa kita untuk menjadikan­nya bahasa ilmu bersama-sama bahasa Inggeris, bahasa komunikasi, bahasa komersial atau perdaganga­n,” katanya kepada media selepas merasmikan Kempen Derma Buku 2016 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bangkong (A), Sungai Pelek di sini, baru-baru ini.

Pupuk budaya membaca

Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Rosli Badri; Penolong Pegawai Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Sepang, Sharizal Abu Shaari serta Guru Besar SK Bukit Bangkong (A), Norma Edros.

Sementara itu, Norma berkata, pihaknya bersyukur dan teruja kerana dipilih sebagai sekolah pertama bagi kempen yang julung kali diadakan itu.

“Program seumpama ini diharapkan dapat meningkatk­an lagi pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulu­m murid di sekolah ini supaya lebih cemerlang,” katanya.

Kempen Derma Buku 2016 adalah projek amal Yayasan Budi dan Yayasan Suara Rakyat Malaysia di samping usaha proaktif ke arah penyediaan maklumat asas secara lebih meluas, sekali gus berupaya memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.

 ??  ?? Rais (tengah) bersama guru dan murid SK Bukit Bangkong (A) pada majlis Kempen Derma Buku 2016.
Rais (tengah) bersama guru dan murid SK Bukit Bangkong (A) pada majlis Kempen Derma Buku 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia