Berita Harian

Bekas pegawai SPRM tidak mengaku tipu

Perdaya kontraktor bayar RM37,000 beli kenderaan MPV

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Seorang bekas pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan menipu seorang kontraktor membabitka­n kerugian RM37,000 bagi pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish, lima tahun lalu.

Ramlan Amir Man, 46, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja ungu dan seluar hitam, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Ramlan didakwa memperdaya­kan Tengku Ahmad Majdi Tengku Mahmud, 45, dengan mendorong mangsa memasukkan wang tunai RM37,000 ke dalam akaun Maybank miliknya untuk pembayaran deposit MPV berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di cawangan Maybank Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini, pada jam 12 tengah hari, pada 21 Oktober 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Tawar ikat jamin RM10,000

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi, menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah jaminan dikurangka­n atas alasan dipecat sejak Januari lalu dan tiada pendapatan tetap.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes serta melantik peguam.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Ramlan (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang kontraktor lima tahun lalu di Kompleks Mahkamah Kajang, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Ramlan (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang kontraktor lima tahun lalu di Kompleks Mahkamah Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia