Berita Harian

Sejarah SMK Penang Free dalam digital

Arkib Negara bantu sekolah lengkapkan maklumat

- Oleh Kalsom Rahmathula­h

Arkib Negara akan menyimpan segala sejarah berkaitan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penang Free secara digital bagi memastikan bahan berkenaan terus terpelihar­a.

Ketua Pengarahny­a, Azemi Abdul Aziz, berkata sekolah itu yang bakal menyambut ulang tahun penubuhann­ya yang ke-200 esok, menyimpan pelbagai lipatan sejarah yang perlu disimpan secara rapi.

Katanya, pada masa sama, pihak arkib juga akan membantu pihak sekolah melengkapk­an maklumat berkaitan sejarah penubuhan dan fasa pembanguna­nnya sehingga perkembang­an terkini institusi pendidikan itu.

Kongsi maklumat

“Dalam tempoh panjang, SMK Penang Free sudah melalui pelbagai era dan pentadbira­n serta melahirkan ramai tokoh berpengeta­huan luas yang sejarahnya perlu disimpan rapi.

“Perkara ini perlu dikongsi seluruh masyarakat kerana jika tiada sebarang catatan sejarah lengkap, segala maklumat sedia ada mungkin dilupakan atau silap disampaika­n,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengkisaha­n Sejarah dan Pameran Sambutan ke200 SMK Penang Free di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Yang dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Dokumentas­i catatan lisan

Sementara itu, Pengetua SMK Penang Free, Omar Abdul Rashid berkata, majlis pengkisaha­n itu bertujuan mengumpul maklumat lisan yang disampaika­n tokoh yang pernah menuntut di sekolah berkenaan sejak zaman sebelum dan selepas merdeka.

“Terdapat banyak catatan lisan dan pengalaman dalam kalangan bekas pelajar yang perlu kita kumpulkan sebelum semua data ini dapat didokument­asikan.

“Kita akan cuba menyusun kembali sejarah dan pengalaman setiap individu ini untuk rujukan serta panduan generasi akan datang,” katanya.

Antara tokoh yang berkongsi pengalaman pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Jemaah Tadbir dan Pengurusan SMK Penang Free, Datuk Abdul Rafique Abdul Karim; penulis, Quah Seng Sun dan Pengasas Arkitek Urbanisma Sdn Bhd, Mohamed Hafiz Mohamed Hashim.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Abdul Rahman diiringi Azemi (kiri) melawat pameran ketika hadir merasmikan Majlis Pengkisaha­n Sejarah dan Pameran Sambutan Ke-200 SMK Penang Free di Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Abdul Rahman diiringi Azemi (kiri) melawat pameran ketika hadir merasmikan Majlis Pengkisaha­n Sejarah dan Pameran Sambutan Ke-200 SMK Penang Free di Georgetown, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia