Berita Harian

KPDNKK Perlis puas hati harga barang kawalan

-

Kangar: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Perlis mendapati peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan menjelang perayaan Deepavali ini.

Pengarahny­a, Khairul Amin Talib, berkata pihaknya yang melakukan pemantauan berpuas hati dengan harga jualan barangan, terutama barang kawalan di negeri ini.

Katanya, setakat kini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai harga barang kawalan dijual melebihi harga ditetapkan.

Peniaga tak ambil kesempatan

“Hasil tinjauan di beberapa lokasi jualan hari ini (semalam), kami mendapati peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan mempamerka­n harga setiap barangan dijual.

“Malah, kami juga berpuas hati dengan harga barangan apabila majoriti barangan dijual jauh lebih murah daripada harga kawalan,” katanya selepas melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di pasar raya Giant Kangar, di sini, semalam.

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilaksanak­an dan dikuatkuas­akan KPDNKK setiap tahun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011 yang memperuntu­kkan denda RM100,000 dan penjara atau kompaun maksimum RM50,000 bagi individu.

Bagi syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan pula akan dikenakan denda RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

Selain Deepavali, skim itu turut dikuatkuas­akan untuk perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

Sementara itu, Khairul Amin berkata, setakat ini Perlis tidak mengalami kekurangan bekalan ikan susulan fenomena air pasang besar yang melanda pantai barat Semenanjun­g sejak minggu lalu.

“Bekalan masih mencukupi dan kami turut berterima kasih kepada peniaga yang tidak menjadikan air pasang besar sebagai alasan menaikkan harga ikan di negeri ini,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Khairul Amin (kiri) bersama Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Perlis, Jamal Nor Ahmad Harun (tengah) memantau harga barang selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di pasar raya Giant Kangar, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Khairul Amin (kiri) bersama Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Perlis, Jamal Nor Ahmad Harun (tengah) memantau harga barang selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di pasar raya Giant Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia