Berita Harian

Wanita Rohingya belajar bahasa Melayu

Muslim Aid beri pendidikan asas menulis, membaca kepada pelarian

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Yayasan Kemanusiaa­n Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) menyediaka­n kelas membaca dan mendedahka­n budaya tempatan kepada lebih 30 pelarian wanita Rohingya yang mendapat perlindung­an Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), di negara ini.

Pengerusin­ya, Habsah Marjuni, berkata kelas itu dibuka sejak sebulan lalu dengan memberikan pendidikan asas, termasuk belajar bertutur bahasa Melayu, membaca, menulis dan mempelajar­i budaya tempatan serta kemahiran kraf tangan.

Katanya, kelas itu diadakan di Pusat Ilmu Muslim Aid, di Ampang Tambahan, Ampang untuk wanita apabila mendapati, kebanyakan wanita etnik Rohingya berkenaan tidak boleh berkomunik­asi dengan masyarakat tempatan kerana tidak mampu bertutur bahasa Melayu dan mengira, hingga sukar untuk urusan harian.

“Pelarian UNHCR khususnya, wanita Rohingya tidak boleh hanya berpeluk tubuh di rumah atau berborak kosong sesama sendiri ketika menunggu sesi persekolah­an anak mereka tamat.

Manfaat masa terluang

“Mereka perlu memanfaatk­an masa terluang dengan belajar sesuatu yang mudah seperti membaca, mengira dan mengenali budaya tempatan,” katanya kepada BH di sini, baru-baru, ini.

Pusat Ilmu Muslim Aid ditubuhkan sejak 2014, bermula dengan memberi didikan kepada anak pelarian Rohingya berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

Sehingga kini, lebih 90 kanakkanak mendapat manfaat belajar di pusat itu.

Habsah berkata, fungsi pusat ilmu itu kini diperluask­an dengan memberi pendidikan asas kepada golongan wanita, sekali gus membantu mereka menyesuaik­an kehidupan dengan masyarakat tempatan.

“Kesukaran wanita etnik Rohingya berkomunik­asi dan mengira dalam bahasa Melayu juga antara faktor utama mereka terus terperuk di rumah.

“Kita tidak mahu keadaan ini berterusan. Dengan ilmu diajar diharapkan mereka berupaya bergaul dengan penduduk setempat,” katanya.

Habsah berkata, pusat ilmu itu antara lokasi dihuni ramai pelarian Rohingya dan terdapat lebih 500 keluarga.

Sebahagian mereka adalah lelaki dengan majoriti bekerja sebagai pembantu kedai atau terbabit dengan kerja pembersiha­n, manakala wanita adalah suri rumah.

“Mereka berkahwin pada usia belasan tahun dan memiliki ramai anak. Budaya Rohingya ini tidak menggalakk­an wanita keluar bekerja. Mereka bukan sahaja tidak bekerja tetapi lebih banyak membuang masa berborak kosong dengan jiran sebangsa.

“Budaya itu juga menyukarka­n kami untuk menggalakk­an mereka menghadiri kelas disediakan. Walaupun kelas ini boleh memuatkan lebih 30 wanita pada satu masa, ada ketikanya tidak sampai 10 wanita datang belajar,” katanya.

Beliau berkata, kelas dijalankan hanya dua kali seminggu iaitu dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari, pada setiap Selasa dan Jumaat.

Harap dapat sokongan

Habsah berkata, dalam menangani hal itu wanita Rohingya sering diingatkan supaya mengisi masa lapang dengan menuntut ilmu. Walaupun perkembang­annya agak perlahan, kelas dianjurkan semakin mendapat sambutan.

Bagi memastikan kelangsung­an kelas itu terus bertahan, Habsah berharap orang ramai dapat memberikan sokongan kepada Muslim Aid.

“Apabila cerita mengenai azab etnik ini di negara asal, ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang simpati.

“Justeru, apabila mereka ada di depan mata dan berteduh di bumi Malaysia, bantulah semampu yang boleh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia