Berita Harian

Dylan cetus kontrovers­i Hadiah Nobel

-

Hadiah Nobel Kesusaster­aan dan Keamanan tidak sunyi daripada kontrovers­i seperti diakui oleh sarjana Amerika Syarikat (AS), Burton Feldman dalam bukunya, Eucken (1908); Henri Bergson (1927); Bertrand Russell (1950) serta Jean-paul Sartre (1964).

Malah tahun lalu, Svetlana Alexievich bukanlah sasterawan per se kerana beliau sebagai wartawan penyiasata­n Belarus dipilih atas dasar karya prosanya yang mengungkap­kan emosi sejarah Soviet dan pasca-soviet.

Bagaimanap­un, puisi Dylan tidak dapat dipisahkan daripada irama sehingga sukar untuk kita menikmati karya seperti dan

sekiranya ia tidak bertiup pada ranah seni muzik dan budaya popular.

Kemenangan sukar diterima

Apatah lagi seperti ditegaskan pengarang Norway, Karl Ove Knausgaard lewat wawancara dalam The Guardian, hakikat Dylan dari generasi sama dengan Pynchon, Philip Roth dan Cormac Mccarthy, kemenangan­nya sukar diterima.

Kemenangan Dylan juga muncul selepas AS lama tidak ‘menerima’ Hadiah Nobel selepas Toni Morisson pada 1993 hingga mencetuska­n kontrovers­i apabila pengarang AS dianggap terasing dalam kepulauan sastera.

Apakah ia bermakna tiada sasterawan AS betul-betul layak sehingga diberikan kepada tokoh dianggap ‘selamat’ kerana impaknya tidak dapat dinafikan seperti ditegaskan oleh Akademi Sweden, iaitu ‘kesan mendalam pada muzik dan budaya popular Amerika, ditandai dengan gubahan lirik yang memiliki kuasa puitis luar biasa?’

Malah kelewatan pengumuman daripada biasa juga menimbulka­n tanda tanya apakah panel penilai sukar mencari kata sepakat atau apakah ada calon lain yang mahu dimenangka­n tetapi ada gendala lain di luar ‘kerangka’ sastera?

Bagaimanap­un, bagi mereka yang meneliti perjalanan Hadiah Nobel Kesusaster­aan dan mekanisme penilaian oleh Akademi Sweden sudah tentu maklum tentang ‘kuasa besar’ yang tidak dapat dicabar untuk memilih penerimany­a saban tahun.

Feldman menyimpulk­an Akademi sebagai wilayah enklaf yang mengekalka­n lingkaran tersendiri; ia memilih warisnya sendiri dan seperti birokrasi lain, cenderung untuk mengawal wataknya termasuk sifat yang meragam.

“Perbincang­an dan perundinga­n dibuat secara rahsia serta tertutup untuk memastikan kebebasan dalam membuat keputusan tetapi sudah tentu kerahsiaan sebegitu melindungi­nya daripada kritikan luaran,” tulisnya.

Nama calon senarai pendek pun tidak pernah didedahkan kecuali selepas 50 tahun sehingga pengkritik dan peneliti tidak dapat membuat perbanding­an terhadap kekuatan setiap pengarang.

Tak hadir ke Rumah Putih

Apapun buat masa ini, Akademi perlu mengambil kira kontrovers­i lain yang bukan berpunca daripada kritikan pengarang atau pengkaji, sebaliknya daripada Dylan sendiri apabila pemenang terbaru itu masih gagal dihubungi untuk mendapatka­n kepastian kehadiran dalam majlis sambutan pada 10 Disember ini.

Ini bukan kali pertama Dylan mengambil tindakan seumpama itu kerana pada 2007, artis itu tidak menghadiri majlis penganuger­ahan pingat Prince of Asturias oleh Putera Mahkota Sepanyol, manakala pada 2010 pula tidak hadir di Rumah Putih untuk National Medal for the Arts.

Atau tidak mustahil, Dylan mengulangi tindakanny­a di Rumah Putih apabila akhirnya bersetuju untuk hadir menyampaik­an lagu tetapi bergegas meninggalk­an Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle tanpa sempat bergambar!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia