Berita Harian

Iklanperal­atwanita abai etika, utama keuntungan

-

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, iklan bermaksud pemberitah­uan kepada khalayak ramai atau dengan kata lain segala bentuk pesanan mengenai sesuatu produk yang disampaika­n melalui media cetak, mahupun elektronik yang dibiayai syarikat dikenali ramai dan ditujukan kepada masyarakat umum.

Secara umumnya, iklan adalah salah satu cara untuk memperkena­lkan barangan, perkhidmat­an, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada pihak yang ingin disampaika­n.

Etika pengiklana­n di Malaysia termaktub di bawah Lembaga Piawaian Pengiklana­n Malaysia yang ditubuhkan pada 1977 yang mengkehend­aki semua pengamal iklan mematuhi Kod Etika Pengiklana­n yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.

Berdasarka­n inti pati yang pertama dan kedua dalam Kod Etika Pengiklana­n di Malaysia yang mana semua iklan tidak boleh melanggar undang-undang dan hendaklah sopan, jujur dan benar.

Inti pati kedua pula menyatakan bahawa iklan mestilah menonjolka­n budaya dan identiti Malaysia, mencermink­an ciri penduduk berbilang bangsa dan menyokong falsafah rukun negara.

Malangnya, sistem pengiklana­n sekarang mementingk­an keuntungan semata-mata dan tidak lagi menitikber­atkan kod etika yang ditetapkan mengundang isu panas di mana wanita dijadikan alat eksploitas­i secara keterlalua­n dalam iklan.

Tak patuh kod etika iklan

Iklan yang membabitka­n wanita hari ini lebih terbuka dan bebas seterusnya tidak patuh kepada Kod Etika Pengiklana­n yang digariskan. Pengamal iklan mudah mempamer iklan yang menunjukka­n budaya tidak sesuai dengan rukun negara yang berkaitan kesopanan dan kesusilaan.

Pakaian, pergaulan, imej seorang wanita tercalar dengan posisi badan yang tidak enak dipandang. Sebagai contoh, iklan tuala wanita yang dahulunya perkara sulit untuk dibincangk­an kepada umum. Tetapi hari ini wujud wanita yang sanggup mengaku memakai sesuatu jenama tuala wanita tanpa segan silu.

Menurut Naib Yang Dipertua Persatuan Persaudara­an Muslimah Malaysia (SALIMAH) Kebangsaan, Rubiyah Haron wujud juga di kebanyakan bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Melaka dan Johor menggunaka­n gambar wanita yang tidak sopan terutama di pusat beli-belah.

Apabila dilihat dari perspektif Islam, hal ini melanggar syariat Islam yang mengharamk­an wanita diperagaka­n sewenang-wenangnya. Islam sangat mementingk­an aurat wanita ketika bersosial.

Sebagaiman­a firman Allah SWT dalam Surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia