Berita Harian

Sistem wakaf tunai mudahkan penyumbang

-

Tunai bermaksud berwakaf menggunaka­n wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah satu pengurusan yang diamanahka­n untuk mengurus wakaf bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah.

Keadaan ekonomi moden pada hari ini menyebabka­n wakaf tunai sangat diperlukan dan seterusnya menarik minat masyarakat Islam keseluruha­n ke arah membudayak­an semula amalan wakaf dan sedekah jariah demi kemaslahat­an ummah.

Dana berbentuk tunai lebih mudah untuk diuruskan dan lebih ekonomik, di samping perancanga­n juga dapat dilakukan dengan lebih tersusun dan berkesan berdasarka­n keperluan dan maslahah semasa.

Wakaf tunai kepada aset

Sumbangan wang tunai yang dikumpulka­n akan disatukan ke dalam satu akaun khas dana wakaf tunai dan wang tunai itu akan ditukarkan kepada aset atau harta kekal seperti pembanguna­n hartanah, pembanguna­n harta wakaf sedia ada, pembinaan bangunan pejabat, rumah kedai, sekolah agama, rumah orang tua, anak yatim, pembanguna­n perladanga­n, pertanian, penternaka­n dan perkilanga­n.

Wakaf tunai adalah cara paling mudah bagi membolehka­n setiap individu melaksanak­an ibadah wakaf. Hal ini kerana ia memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta mereka dalam bentuk sumbangan wang tunai yang minimum.

Pewakaf boleh untuk memberi sumbangan nilai seperti RM1 sebulan untuk berwakaf. Sumbangan tunai secara bulanan ini, walaupun kelihatan kecil, namun sekiranya semua masyarakat bersama-sama mewakafnya, boleh memberi impak besar dari segi pembanguna­n sosioekono­mi umat Islam.

Langkah perlu dipergiatk­an untuk memasyhurk­an pendekatan wakaf tunai di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Pada hari ini seluruh negeri mempunyai sistem wakaf tunai bagi membolehka­n orang ramai membuat bayaran wakaf tunai dengan melayari portal Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Semoga kaedah sistem wakaf tunai ini memberi kesedaran terhadap masyarakat dalam membantu masyarakat Islam itu sendiri di mana setiap insan mewakafkan harta akan memperoleh pahala berterusan, walaupun selepas ia meninggal dunia selagi mana harta yang diwakafkan memberi manfaat kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia