Berita Harian

10 juta penduduk Filipina terjejas

Taufan Super Haima diramal setara Haiyan, sebabkan banjir, tanah runtuh, ombak besar

-

Jutaan penduduk di Filipina diarahkan bersiap sedia semalam untuk serangan taufan paling ganas membadai negara dilanda bencana itu, dengan pihak berkuasa memberi amaran ombak kuat dan angin kencang.

Taufan Super Haima diramalkan membadai penduduk terpencil di utara negara itu kira-kira jam 11 malam semalam (1500 GMT), membawa angin kencang setara Taufan Super Haiyan yang meragut lebih 7,350 nyawa pada 2013.

Ketua Pusat Penyelaras­an Maklumat dan Bencana Kementeria­n Dalam Negeri, Allan Tabel berkata, pihaknya bukan setakat menjang- ka hujan lebat dan angin kencang susulan serangan Taufan Haima.

“Ia juga menyebabka­n banjir, tanah runtuh, ombak besar di kawasan pantai. Bagi mereka yang berada di kawasan itu, anda berada dalam bahaya. Carilah tempat selamat di darat,” kata Tabel dalam satu taklimat disiarkan di televisyen.

Jejas kawasan seluas 800km

Dengan ramalan bahawa Haima boleh menjejaska­n kawasan seluas 800 kilometer, lebih 10 juta penduduk di seluruh kawasan utara pulau utama Filipina di Luzon mungkin terjejas, menurut agensi pengurusan risiko bencana kerajaan.

Haima mendekati Filipina dengan membawa angin berkelajua­n 225 kilometer sejam (km/j) dan bertiup 315 km/j.

Pihak berkuasa memberi amaran penduduk di tepi pantai, menjangka ombak besar setinggi lima meter atau lebih.

“Kami menjangka serangan taufan yang mungkin lebih kuat berbanding Taufan Yolanda (Haiyan di Filipina) pada 2013. Justeru, kami terpaksa berdepan sebarang kemungkina­n serangan taufan dalam skala ini,” kata Setiausaha Eksekutif Kerajaan, Salvador Medialdea dalam satu kenyataan.

Di rantau utara yang dijangka teruk dibadai, puluhan ribu penduduk berlindung di sekolah dan pusat pemindahan sementara. Penerbanga­n ke utara turut ditunda, manakala sekolah ditutup.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia