Berita Harian

Daesh guna senjata kimia di Mosul

AS percaya keupayaan teknikal terhad, belum sampai ke tahap membawa maut

-

Amerika Syarikat (AS) menjangka militan Daesh menggunaka­n senjata kimia ketika ia cuba membalas tentangan diketuai tentera Iraq di bandar Mosul, kata pihak berkuasa negara itu, walaupun beranggapa­n keupayaan teknikal kumpulan terbabit membangunk­an senjata itu amat terhad.

Tentera AS secara kerap mula mengutip serpihan senjata untuk menguji agen kimia, oleh kerana Daesh menggunaka­n gas mustard beberapa bulan sebelum pelancaran tentangan Mosul Isnin lalu, kata seorang pegawai.

Dalam satu insiden sebelum ini yang tidak didedahkan, tentera AS mengesahka­n kehadiran agen sulfur mustard dalam serpihan senjata Daesh 5 Oktober lalu, kata pegawai kedua. Daesh menyasarka­n tentera tempatan dan bukan pasukan keselamata­n AS atau pakatan.

“Memandangk­an kelakuan keji ISIL (Daesh) dan sikap tidak peduli terhadap norma antarabang­sa, insiden itu tidak mengejutka­n,” kata pegawai kedua kepada Reuters.

Ancaman berbahaya

Pihak berkuasa AS percaya Daesh setakat ini tidak berjaya membangunk­an senjata kimia sehingga membawa maut, bermaksud senjata konvension­al masih menjadi ancaman berbahaya buat tentera Iraq dan Kurdis yang mara serta penasihat tentera asing.

Agen sulfur mustard boleh menyebabka­n lepuh pada kulit terdedah dan paruparu. Bagaimanap­un pada dos rendah, ia tidak membawa maut. Secara kasar, kirakira 5,000 tentera AS ditempatka­n di Iraq.

Lebih 100 daripadany­a ditugaskan bersama pasukan Iraq dan Peshmerga Kurdis dalam tentangan Mosul, menasihatk­an komander serta membantu memastikan serbuan udara mengenai sasaran betul, kata pihak berkuasa. Namun pasukan itu bukan berada di barisan hadapan.

Kejatuhan Mosul akan menjadi isyarat kekalahan buat militan Sunnah ultra tegar itu di Iraq.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia