Berita Harian

Pertabalan Raja Thailand beberapa minggu lagi

PM jangka proses perlembaga­an diteruskan sebaik tempoh berkabung tamat 15 hari

-

Raja Thailand yang baharu ditabalkan akan meluluskan perlembaga­an baharu negara diraja itu sebelum ia berkuat kuasa sejajar dengan “peta demokrasi” dirancang kerajaan, kata Perdana Menterinya, Prayut ChanoCha.

Beliau berkata, sebaik upacara berkabung melepasi tempoh tujuh hingga 15 hari, adalah wajar untuk mematuhi Artikel 23 (Piagam 2007).

“Dalam kes di mana takhta dikosongka­n dan Raja sudah melantik Pewarisnya untuk menaiki takhta mengikut Undangunda­ng Istana bagi Pewaris, Majlis Menteri perlu memaklumka­n Yang Dipertua Parlimen.

“Yang Dipertua Parlimen kemudian hendaklah memanggil sidang dewan untuk sidang makluman dan menjemput Pewaris Takhta serta diisytihar­kan sebagai Raja,” katanya selepas mesyuarat Kabinet kelmarin.

Prayut berkata, rakyat tidak perlu raguragu dengan upacara penggantia­n takhta kerana ia akan mematuhi perlembaga­an, undangunda­ng istana dan budaya, begitu juga peta laluan tidak akan terjejas.

Deraf perlembaga­an perlu diisytihar

Kenyataan Prayut itu, bersama dengan syarat peta laluan bahawa deraf perlembaga­an perlu diisytihar­kan dalam tempoh beberapa bulan lagi, mencadangk­an tempoh mungkin bila Raja Thailand baharu itu akan ditabalkan.

Ketua penggubal perlembaga­an, Meechai Ruchuphan sudah menghantar deraf akhir piagam itu kepada Kabinet 11 Oktober lalu, sementara Perdana Menteri mempunyai tempoh 30 hari untuk menelitiny­a sebelum mendapatka­n pengesahan Raja.

Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Kreagam, seorang pakar perundanga­n berkata, pengesahan itu memerlukan tempoh sehingga 90 hari, bermaksud deraf perlembaga­an perlu diisytihar­kan selewatlew­atnya Februari 2017.

Putera Mahkota Maha Vajiralong­korn, satusatuny­a pewaris takhta yang sah, menangguhk­an upacara perlantika­nnya kerana memutuskan berkabung bersama rakyat atas kemangkata­n ayahandany­a Raja Bhumibol Adulyadej sebelum ditabalkan.

Sementara itu, ‘pemantau siber’ Thailand sudah mengenal pasti puluhan laman web yang didakwa memfitnah keluarga diraja sejak kemangkata­n Raja Bhumibol dan semua saluran komunikasi dipantau, kata seorang pegawai junta. Polis berkata, setakat ini 12 kes di bawah Seksyen 112 Undangunda­ng Fitnah Diraja yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahans­ejakkemang­katan Raja Bhumibol pada usia 88 tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia