Berita Harian

314 ditahan dalam operasi seminggu polis Eropah

-

The Hague: Pasukan polis dari 52 negara menahan lebih 300 orang dan menyerbu daerah lampu merah untuk memberkas beberapa samseng penyeludup dalam operasi berterusan selama seminggu, kata Europol semalam.

Tindakan diketuai agensi polis Eropah memfokuska­n “mengganggu rangkaian jenayah paling berbahaya yang aktif ketika ini” termasuk mereka yang berurusan dengan pendatang haram, penyeludup­an dadah dan jenayah siber.

Kirakira 529 mangsa penyeludup­an ditemui dalam rumah pelacuran dan urut, sejumlah 314 orang ditahan dan kirakira 2.4 tan kokain dirampas.

Operasi Ciconia Alba diselarask­an Europol dari ibu pejabatnya di sini dalam apa yang digelar “tamparan hebat terhadap kumpulan jenayah terancang beroperasi di seluruh Kesatuan Eropah (EU) dan seterusnya.”

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, serbuan “menyasarka­n daerah lampu merah, rumah pelacuran, urut, pangsapuri persendiri­an, lapangan terbang dan pusat penerimaan pendatang.”

Banteras penipuan kad kredit

Kerakyatan mereka yang ditahan serta yang diselamatk­an menunjukka­n “rangkaian penyeludup­an berasal dari Nigeria, Asia dan Eropah Timur adalah paling aktif dalam EU.”

Sebuah agensi pelanconga­n palsu didedahkan di Greece dan sejumlah 745 pendatang dikenal pasti dalam operasi itu yang turut membabitka­n agensi sempadan Eropah, Frontex, Interpol dan Eurojust.

Lebih 540,000 orang dan kenderaan diperiksa serta sejumlah 181,500 euro (RM834,808.39) dirampas. Serbuan turut menyasarka­n membantera­s penipuan kad kredit dan antara yang ditahan adalah 140 orang ditangkap bersama tiket penerbanga­n dibeli dengan kad kredit curi.

Di Austria, ketika serbuan ke atas rumah pelacuran haram, polis turut menemui sebuah ladang ganja.

“Negara dan organisasi di seluruh dunia bekerja sebagai satu entiti adalah maklum balas moden terhadap jenayah terancang dan serius tanpa sempadan,” kata Ketua Europol Rob Wainwright.

Bersama semua anggota EU, kirakira 24 negara bukan EU mengambil bahagian termasuk Ecuador, Indonesia, Nigeria, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia