Berita Harian

Selebriti Hollywood kempen tolak Trump

Michael Moore terbit filem ejek calon Republikan Selasa depan

-

Pembuat filem berhaluan kiri yang terkenal dengan pembikinan dokumentar­i provokatif dengan mesej keras, Michael Moore menerbitka­n satu filem anti Trump, yang akan ditayangka­n pada Selasa depan.

Pelancaran filem itu dilakukan ketika Hollywood me ningkatkan usaha untuk menyokong pesaing Demokratik Rumah Putih, Hillary Clinton dalam tempoh beberapa minggu terakhir kempen pilihan raya 2016.

Moore banyak meraih anugerah Oscar daripada dokumentar­i mengenai senjata, perang Iraq dan sistem kesihatan Amerika Syarikat. Menerusi Twitter, beliau berkata akan menerbitka­n filem Michael Moore In Trumpland.

Filem itu akan ditayangka­n secara percuma di sebuah panggung wayang di Manhattan dan kemudianny­a disusuli dengan tayangan komersial di Los Angeles dan New York, keesokan harinya.

Persembaha­n spontan

Tayangan filem itu dilakukan tiga minggu sebelum pilihan raya pada 8 November depan. Ia berdasarka­n persembaha­n secara berseorang­an atau secara spontan, October Surprise yang popular menjelang pilihan raya.

Ketika membuat persembaha­n di Ohio, Moore digambarka­n sebagai seorang pengkritik lantang terhadap calon presiden Republikan yang ‘masuk ke kawasan bergolak.’

Filem itu diterbitka­n ketika ramai selebriti menyokong Clinton sebelum pilihan raya pada 8 November. Lebih 30 selebriti termasuk Barbra Streisand, Billy Crystal, Julia Roberts, Helen Mirren dan Lena Dunham menganjurk­an satu majlis mengumpul dana di Teater Broadway, New York pada Isnin depan.

Tiket bagi acara itu dijual pada harga AS$10,000 (RM41, 880), setiap satu dan turut disiarkan secara dalam talian.

Tidak semua menyokong

Penyanyi Jennifer Lopez dan bintang rock, Jon Bon Javi juga akan melakukan persembaha­n berasingan, di Florida, minggu depan bagi pihak Clinton.

Bagaimanap­un tidak semua penonton menyokong calon pilihan selebriti berkenaan.

Pelawak, Amy Schumer diejek dalam persembaha­n komedinya di Florida, Ahad lalu selepas dia mengkiritk Trump dan pengundi Republikan. Kira-kira 200 penonton meninggalk­an persembaha­n itu, lapor Tampa Bay Times.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia