Berita Harian

Hayden ganti Pedrosa di GP Australia

-

Melbourne: Bekas juara dunia Motogp, Nicky Hayden akan menggantik­an pelumba pasukan Repsol Honda yang mengalami kecederaan, Dani Pedrosa di Phillip Island, minggu ini.

Pelumba yang menyertai Kejuaraan Superbike Dunia bersama Honda, Hayden, yang menggantik­an pelumba Marc VDS, Jack Miller di Aragon sebelum ini berkata, dia gembira apabila menerima peluang untuk kembali bersama ‘pasukan idamannya’.

Hayden memulakan karier Motogp bersama Repsol Honda pada tahun 2003, meraih tiga kemenangan, 25 penamat podium dan juara dunia 2006 ketika enam musim bersama pasukan berkenaan.

Dia juga dianggap sebagai ‘pakar’ di sirkit Phillip Island dengan meraih tiga kemenangan, dua petak hadapan dan mencatat masa sepusingan terpantas di sana.

“Yang pertamanya, semoga Dani cepat sembuh, saya pasti dia akan kembali dengan lebih kuat berbanding sebelumnya,” kata Hayden.

(bawah) Selepas 10 tahun

“Bagi saya, ia adalah sesuatu yang gila (kembali beraksi) tetapi ia juga adalah peluang, 10 tahun selepas meraih gelaran dunia, dapat kembali bersama pasukan idaman saya!.

“Seminggu di Phillip Island bersama di atas jentera pengeluar Honda, ia adalah sesuatu yang emosional buat saya memikirkan­nya dan saya sangat bersyukur di atas peluang ini dan juga kepercayaa­n diberikan Honda.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pasukan saya ketika ini kerana memberi keizinan kepada saya untuk menyertai perlumbaan ini dan juga kepada penaja.

“Semua pihak berusaha gigih bagi memastikan ia menjadi kenyataan buat saya, jadi buat masa ini saya sangat teruja untuk menaiki pesawat, mendarat di Phillip Island dan berharap dapat melakukan tugas yang bagus buat pasukan.

“Mengenai Phillip Island, terdapat dua perkara yang perlu dipandang berat, cuaca dan juga tayar tetapi ia adalah trek yang saya gemari. Saya tidak sabar untuk menunggang di sana.” Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia