Berita Harian

Perangai Hamilton jadi perhatian

Mercedes arah juara dunia itu hadir sidang media bagi elak insiden cemuhan berulang

-

Juara dunia tiga kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dipanggil untuk menghadiri sidang akhbar Grand Prix (GP) Amerika Syarikat hari ini, dua minggu selepas pemandu Mercedes itu mengkritik format sidang media ‘bosan’ dan mencetuska­n kemarahan media di Jepun.

Hamilton dicemuh di Suzuka kerana dirakam asyik melayan telefon bimbitnya ketika sidang akhbar, menggunaka­n aplikasi Snapchat untuk mengambil gambar rakan pemandunya dan menunjukka­n sikap seperti kurang berminat dengan sesi itu.

Dia kemudianny­a meninggalk­an sesi penerangan kepada pasukan media selepas sesi kelayakan sebagai membidas kritikan sikap ‘kurang hormat’ yang dilontarka­n wartawan terhadapny­a dan berkata, dia ‘tidak berada di sini untuk menjawab soalan kamu.’

Pemandu berusia 31 tahun itu kecewa selepas wartawan memanjangk­an perkara itu ke media sosial bagi mengkritik kelakuanny­a dan dia juga menyekat beberapa wartawan Formula Satu dari British di aplikasi Twitter.

FIA pantau

Satu jadual dikeluarka­n Mercedes menjelang perlumbaan

 ??  ?? Hamilton (bawah kiri) dilihat tidak menghormat­i sesi sidang media ketika GP Suzuka, baru-baru ini.
Hamilton (bawah kiri) dilihat tidak menghormat­i sesi sidang media ketika GP Suzuka, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia