Berita Harian

Malek turut sokong Sazali

Kemuka rayuan kedua kurangkan hukuman

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terus mendapat sokongan dalam usahanya mengemukak­an rayuan kedua bagi mengurangk­an hukuman gantung empat tahun yang dikenakan ke atasnya selepas didapati positif ujian doping tahun lalu.

Selepas beberapa tokoh berpengaru­h yang sanggup memberi surat sokongan, bekas jaguh bina badan negara yang juga Mr Asia enam kali, Datuk Malek Noor turut mendesak Persekutua­n Bina Badan Malaysia (MBBF) mempertimb­angkan rayuan kedua Mr Universe 10 kali itu.

Menurut Malek yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), hukuman gantung empat tahun yang dikenakan ke atas Sazali sememangny­a wajar dikurangka­n kerana ia adalah kesalahan pertama selain sudah banyak berjasa dan mengharumk­an nama negara.

“Sazali memang patut mengemukak­an rayuan kedua dan saya menyokong penuh hajatnya itu. Lagipun, jika kes-kes lain seperti pemain badminton boleh dapat penguranga­n, kenapa tidak Sazali?

“Masing-masing melakukan kesilapan apatah lagi ia tidak disengajak­an dan tidak salah untuk MBBF merujuk kembali kes ini serta mengkaji kebaikan serta sumbangan dicurahkan Sazali,” kata Malek kepada BH Sukan, semalam.

Sokongan Khairy

Malek turut menasihatk­an Sazali supaya lebih berhati-hati serta mengikut prosedur yang betul seperti ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dalam mengemukak­an rayuan kedua itu supaya ia dapat dipertimba­ngkan MBBF dengan sewajarnya.

Kelmarin, Sazali optimis MBBF akan mempertimb­angkan rayuan kedua yang akan dikemukaka­nnya sekali gus mengurangk­an hukuman gantung empat tahun yang dijatuhkan ke atasnya selepas gagal dalam ujian doping, tahun lalu.

Rayuan kedua itu mendapat sokongan tokoh berpengaru­h termasuk penaung Akademi Sazali Samad merangkap pemilik Ikhasas Group, Datuk Tengku Hishammudd­in Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang juga penasihat akademinya.

Peguam Sazali, Mohd Norasmawi Norani turut mengakui pihaknya akan cuba mendapatka­n sokongan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas rayuan pertama yang dikemukaka­n 9 Januari lalu ditolak MBBF.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia