Berita Harian

Sedia gegar Phillip Island

- Oleh Sukhairi Thani

Litar Phillip Island dianggap mencabar buat Hafizh Syahrin Abdullah namun pelumba Moto2 negara itu sudah bersedia untuk memberi saingan sengit di Grand Prix (GP) Australia, minggu ini.

Musim penuh pertamanya pada 2014 menyaksika­n Hafizh tidak menamatkan perlumbaan dan tahun lalu pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu berada di tangga ke-16 selepas memulakan saingan dari petak ke-13.

Peningkata­n demi peningkata­n dipamerkan Hafizh dan pelumba dikenali dengan jolokan Pescao itu menaruh harapan besar untuk melakukan sesuatu sebelum pulang ke tanah air untuk perlumbaan GP Malaysia, hujung bulan ini.

“Phillip Island sentiasa sukar sejak saya mula menunggang di sini ketika Kejuaraan Australia beberapa tahun lalu,” kata Hafizh.

Kumpul 106 mata

“Kami tiba di sini tahun ini dengan persediaan untuk memberi saingan sengit. Keseluruha­nnya pelarasan motosikal bertambah baik dan saya berharap kami dapat melakukan keputusan yang baik.

“Saya sudah bersedia dan kami boleh membawa momentum ke Sepang seminggu selepas itu.”

Pada perlumbaan minggu lalu di Jepun, Hafizh menamatkan saingan di kedudukan ke13 untuk mengumpul tiga mata berharga.

Dengan berbaki tiga pusingan musim ini, Hafizh sudah mengumpul 106 mata untuk berada di tangga kelapan keseluruha­n dalam carta pelumba Moto2.

 ??  ?? Hafizh atau Pescao menaruh harapan besar untuk melakukan sesuatu sebelum pulang ke tanah air.
Hafizh atau Pescao menaruh harapan besar untuk melakukan sesuatu sebelum pulang ke tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia