Berita Harian

Gavin sandar pengalaman di Olimpik

-

Kuala Lumpur: Bintang golf sensasi negara, Gavin Green berharap pengalaman beraksi di Olimpik Rio dan Jelajah PGA pertamanya tahun ini akan membantuny­a untuk beraksi baik pada penampilan sulung di CIMB Classic minggu ini.

Kejohanan dalam siri Jelajah PGA yang menawarkan hadiah keseluruha­n AS$7 juta (RM29.32 juta) itu menyingkap tirainya di TPC Kuala Lumpur hari ini dan cabaran negara diterajui Gavin dan Danny Chia.

“Saya bernasib baik dapat memenangi kejohanan kelayakan untuk acara ini, ia amat sukar kerana saya juga cuba untuk layak menerusi ranking dunia,” kata Gavin yang layak selepas menjuarai Kelayakan Sapurakenc­ana, manakala Danny menerusi kedudukann­ya sebagai pemain ranking tertinggi negara.

“Ini adalah CIMB (Classic) pertama saya. Minggu lalu saya juga mengharung­i kejohanan dalam siri Jelajah PGA pertama saya. Ia satu pengalaman yang hebat.

Sedikit gugup

“Saya banyak belajar terutamany­a daripada caddy saya, Fooch, yang juga caddy kepada pemenang pingat Olimpik, Justin Rose. Saya juga sempat bermain pusingan latihan bersama Paul Casey dan Lucas Glover. Kemudian berlatih pula dengan Matt Kuchar dan Hunter Mahan.

“Suasana di kejohanan itu amat berbeza berbanding di sini. Penonton di sana sangat ramai. Setiap lubang dikerumuni penonton. Ia pengalaman pertama saya dan ia satu pengalaman yang cukup berharga.

“Saya harap pengalaman itu dapat membantu saya untuk beraksi dengan baik minggu ini serta pada masa akan datang. Minggu lalu saya sedikit gugup, mungkin ia perkara normal apabila pertama kali beraksi dalam Jelajah PGA.”

Namun Gavin tidak akan dibantu Fooch (Mark Fulcher) kali ini sebaliknya bapanya sendiri, Gary, sementara Fooch akan membantu Paul Casey di kejohanan ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia