Berita Harian

Ezekiel ‘Tiger Woods’ Malaysia dalam pembikinan

- - Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Bermula seawal umur setahun setengah, juara keseluruha­n Kejohanan Sirkit Golf Remaja Nasional Sportexcel 2016 Bawah Lapan Tahun baru-baru ini, Ezekiel Riz Hafi Suzearitz sudah pun menunjukka­n minat terhadap permainan golf.

Ayahnya, Suzearitz Suhimi berkata anaknya itu menunjukka­n minatnya selepas sering menyaksika­n dia bermain golf dan membelikan anak lelakinya itu set kayu golf bagi kanak-kanak umur tiga tahun kerana sering mematahkan kayu golf mainan yang dibelinya.

“Minatnya pada golf memang sejak kecil lagi. Biarpun pada masa sekarang, dia (Ezekiel) sendiri yang meminta untuk pergi ke latihan golf.

“Pada masa kecil dulu, dia minat menyaksika­n rancangan golf berbanding kanak-kanak lain yang lebih gemar menyaksika­n kartun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiada saingan

Baru berumur tujuh tahun, Ezekiel menjalani latihan di bawah Chris Holden di bawah Akademi Golf Impact Elite di The Kelab Golf & Resort Mines pada setiap hujung minggu sementara menjalani latihan harian di Kelab Golf Danau Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suzearitz berkata, ramai yang menyaksika­n anaknya itu melakukan pukulan dengan baik seawal umur tiga tahun sebelum dia membelikan set golf bagi Ezekiel untuk meneruskan minatnya.

“Bagi peringkat umurnya, Ezekiel tidak ada saingan lagi dan saya akan terus bagi sokongan dalam golf jika dia mahu teruskan dalam sukan ini,” katanya mengenai Ezekiel yang menduduki tempat ke-18 di Kejohanan Golf Eropah Uskids 2016 pada Jun lalu di East Lothian, Scotland.

 ??  ?? Ezekiel Riz Hafi Suzearitz
Ezekiel Riz Hafi Suzearitz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia