Berita Harian

Berdepan tugas berat

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Justin Thomas tidak terlalu memikirkan tekanan turun sebagai juara bertahan buat kali pertama sebaliknya cuba mengulangi rentak permainan yang membawa kejuaraan pada CIMB Classic tahun lalu.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu berdepan tugas berat pada edisi tahun ini di TPC Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur) dengan kehadiran pemain bintang antaranya Adam Scott, Patrick Reed, Ryan Moore, Anirban Lahiri dan Scott Hend.

“Saya gembira dapat kembali ke sini. Saya tidak pernah berpeluang hadir ke kejohanan sebagai juara bertahan,” kata Thomas kepada media semalam.

“Saya mempunyai memori indah di sini tahun lalu dan cukup menyeronok­kan. Saya harap dapat mengulangi­nya pada kejohanan tahun ini.”

Thomas, 23, yang menduduki ranking ke-35 dunia, tiba di Malaysia pada prestasi terbaik selepas menamatkan kejohanan minggu lalu terikat di tangga kelapan dan keenam dalam Kejuaraan Jelajah pada penghujung Jelajah PGA musim 2015/16.

Pencabar utama

Walaupun masih terlalu awal, Thomas tidak menafikan ranking nombor satu dunia menjadi buruannya dan kejuaraan di CIMB Classic tahun lalu adalah batu loncatan kepada karier profesiona­lnya.

Naib juara tahun lalu, Scott yang hadir sebagai pemain ranking tertinggi dunia di lapangan TPC Kuala Lumpur tahun ini pada tangga keenam, mengharapk­an tuah menyebelah­inya kali ini.

“Ia kejohanan yang baik buat saya tahun lalu. Saya hampir menjuarain­ya tetapi ketinggala­n satu pukulan,” kata bekas juara Masters dari Australia itu.

Sementara itu pemain nombor tujuh dunia, Reed tampil sebagai pencabar utama kejuaraan kali ini berikutan permainan hebatnya ketika membantu AS merampas Piala Ryder daripada pasukan Eropah.

“Ini adalah tahun keempat berturut-turut saya beraksi (di CIMB Classic), jadi saya selesa dengan lapangan ini,” kata pemain 26 tahun itu yang menamatkan saingan tahun lalu dalam kelompok 10 terbaik.

 ??  ?? Thomas kini menduduki ranking ke-35 dunia.
Thomas kini menduduki ranking ke-35 dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia