Berita Harian

MNCF akui bida ACC 2018 tanpa pengetahua­n menteri

- Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengakui membuat bidaan penganjura­n Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 tanpa memaklumka­n kepada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Presiden MNCF, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, dia tidak mengetahui garis panduan seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 33 Akta Pembanguna­n Sukan 1997 yang memerlukan kelulusan menteri bagi penganjura­n sukan bertaraf antarabang­sa.

“Kalau ada panduan kita akan tanya dulu. Saya sudah duduk dalam MNCF selama 26 tahun dan tak ada garis panduan oleh kementeria­n kalau mahu jadi tuan rumah.

“Pihak kementeria­n cuma tak nak kita tidak boleh membayar penganjura­n atau berhutang kemudianny­a dan dalam kes ini, masalah itu tak akan timbul kerana peserta akan membayar sendiri segala kos,” katanya.

Hak mereka

Abu Samah menjelaska­n Persatuan Berbasikal Perak menerusi presidenny­a, Datuk Amarjit Singh Gill yang memohon menjadi tuan rumah bagi ACC 2018 dan MNCF bersetuju dengan permohonan itu.

Mengenai pemilihan venue kejohanan, Abu Samah berkata memandangk­an Persatuan Berbasikal Perak yang membuat permohonan penganjura­n, jadi ia adalah hak mereka untuk mengadakan di Velodrom Rakyat yang dijangka selesai kerja penambahba­ikan, Jun tahun depan.

Katanya, ACC 2018 dijangka diadakan pada penghujung Februari atau awal Mac 2018 bergantung keputusan yang akan dilakukan Persatuan Berbasikal Perak selaku tuan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia