Berita Harian

‘Kapten Pakistan bukan isu’

Van Huizen lebih berminat tumpu mantap skuad sendiri

- Oleh Nik Sukry Ramli dan Naqib Nor Said

Skuad hoki negara perlu mengambil kesempatan di atas ketiadaan kapten Pakistan, Muhammad Irfan untuk meraih tiga mata pertama menjelang aksi pembukaan saingan Trofi Juara-juara Asia di Stadium Wisma Belia, Kuantan petang ini.

Ketiadaan pertahanan kebal berusia 26 tahun itu sebenarnya memberikan kelebihan kepada Malaysia di ranking ke-14 dunia sekali gus bakal memudahkan tugas jentera serangan negara yang diketuai Faizal Saari merobek gawang lawan yang juga penyandang juara edisi 2012 dan 2013.

Irfan tidak menyertai rakan sepasukan ke Kuantan selepas Kedutaan Britain di Pakistan gagal memulangka­n pasport miliknya dan difahamkan dia sudah beberapa kali memohon untuk mendapatka­n semula pasport terbabit tetapi usahanya menemui kegagalan.

Pengendali skuad negara Stephan Van Huizen, bagaimanap­un tidak mahu mengambil pusing perkara itu sebaliknya lebih berminat mengakui pasukannya kali ini lebih mantap dengan kehadiran semula pakar pukulan sudut penalti Razie Rahim, Nabil Fiqri Mohd Noor dan Faizal Saari.

Lebih kompetitif

“Memang kita kehilangan khidmat dua pemain utama (Baljit Singh dan Izad Hakimi Jamaluddin) yang mengutip kecederaan pada saingan Liga Hoki Australia awal Oktober lalu tetapi kita dimantapka­n dengan kepulangan Razie dan Nabil.

“Razie seperti kita ketahui dia

India mln Jepun

(Std Hoki Wisma Belia, 8.30mlm) adalah pengambil pukulan sudut penalti utama dan tonggak pertahanan penting manakala Nabil pula memang sangat berpengala­man mengemudi jentera tengah.

“Malah, kami turut menyenarai­kan semula Faizal, jadi saya yakin kita mempunyai pasukan yang lebih kompetitif kali ini. Saya rasa kita tidak ada masalah untuk berdepan Pakistan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Di atas kertas, kelebihan memihak kepada Malaysia selepas menundukka­n Pakistan 1-0 dalam pertemuan terakhir di Piala Sultan Azlan Shah 2016, April lalu hasil jaringan tunggal Razie di samping faktor beraksi di depan penyokong sendiri.

 ??  ??
 ??  ?? Van Huizen (kanan) bersama kapten, Muhd Sukri Abdul Mutalib ketika sidang media di Kuantan, petang semalam.
Van Huizen (kanan) bersama kapten, Muhd Sukri Abdul Mutalib ketika sidang media di Kuantan, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia