Berita Harian

Kami ‘underdog’: PKNP FC

Anggap MIFA pasukan pilihan final Piala FAM

- Oleh Syafiq Aznan dan Azizan Hashim

Finalis Piala FAM, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) lebih selesa turun dengan status 'underdog' untuk berhadapan Pasukan Majlis Sukan India Malaysiape­rsatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) pada perlawanan akhir pertama Piala FAM di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim itu dilihat menjadi pencabar serius untuk merangkul Piala FAM selepas mencipta kejutan menumbangk­an satu lagi pasukan pilihan, Felcra FC pada aksi separuh akhir yang lalu.

Bagaimanap­un, Abu Bakar enggan memandang anak buahnya sebagai pasukan pilihan sambil menegaskan tuan rumah memiliki kelebihan yang besar untuk mengharung­i perlawanan akhir pertama dengan barisan pemain yang lebih berpengala­man.

“Saya akui MIFA adalah pasukan pilihan pada aksi final ini kerana mereka memiliki pemain yang berpengala­man dan pernah beraksi dalam Liga Perdana serta sudah tiga tahun beraksi dalam Liga FAM, jadi mereka beroleh lebih banyak aksi kompetitif berbanding pasukan kami.

Hadiah terbaik

“Dalam bola sepak apa pun boleh terjadi dan kami akan memanfaatk­an 90 minit pertama malam esok (malam ini). Sudah pasti kami berhasrat untuk mengecewak­an mereka yang beraksi di laman sendiri,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.

Sementara itu, kapten pasukan, Hairol Fazreen Abu Hassan menyifatka­n Piala FAM sebagai hadiah terbaik untuk mereka meraikan kejayaan mara ke Liga Perdana musim hadapan.

“Sasaran awal kami adalah untuk layak ke saingan Liga Perdana dan ia berjaya dilaksanak­an, jadi fokus kami sekarang adalah untuk merangkul Piala FAM pula.

“Walaupun pasukan ini dibarisi ramai pemain muda, namun beberapa kelibat pemain senior mampu memberi bimbingan kepada mereka untuk lebih bersemanga­t menjelang sepak mula malam esok (malam ini),” katanya.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Hairol Fazreen (dua dari kanan) bersalaman bersama kapten MIFA, K Premananth­an sambil diperhatik­an Abu Bakar (kanan) dan ketua jurulatih MIFA, Jacob Joseph (kiri) pada sidang media pra perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Hairol Fazreen (dua dari kanan) bersalaman bersama kapten MIFA, K Premananth­an sambil diperhatik­an Abu Bakar (kanan) dan ketua jurulatih MIFA, Jacob Joseph (kiri) pada sidang media pra perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia