Berita Harian

Vivian-khe Wei mara, Zulfadli terkandas

-

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-lai Pei Jing dan pasangan Vivian Hoo-woon Khe Wei mengetuai cabaran negara mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark malam tadi, manakala tiga wakil perseorang­an lelaki tersingkir.

Tan-lai mara selepas menundukka­n pasangan bidan terjun Oliver Leydon Davis (New Zealand)-gronya Somerville (Australia) di Odense Sports Park dengan 23-21, 21-9.

Di pusingan kedua, mereka akan menentang pasangan China, Li Junhui-bao Yixin yang meraih kemenangan percuma selepas satu lagi pasangan negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying menarik diri pada set kedua dengan keputusan 21-17, 4-5.

Vivian-khe Wei pula terpaksa berhempas pulas mengalahka­n lawan mereka, Kim Hye Rin-yoo Hae Won dari Korea Selatan 6-21, 2119, 21-16 untuk mara ke pusingan kedua beregu wanita.

Mereka kini akan berdepan pasangan adik beradik Gabriela Stoeva-stefani Stoeva dari Bulgaria yang mengenepi Della Destiara Haris-rosyita Eka Putri Sari dari Indonesia, 21-13, 12-21, 21-19.

Iskandar tumbang

Seorang lagi pemain negara, Sannatasah Saniru yang berganding dengan Nadia Fankhauser dari Switzerlan­d bagi kategori beregu wanita mudah menewaskan beregu tuan rumah, Gabriella Boje-cecilie Sentow 21-9, 21-19.

Menanti mereka di pusingan seterusnya adalah beregu tuan rumah, Kamilla Rytter Juhl-christinna Pedersen yang juga pilihan kelima kejohanan.

Cabaran tiga wakil perseorang­an lelaki negara, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Zulfadli Zulkiffli bagaimanap­un terkandas di pusingan pertama.

Wei Feng tewas kepada H. S Prannoy dari India 13-21, 21-19, 20-22 diikuti kekalahan Iskandar Zulkarnain kepada Rajiv Ouseph dari England 8-21, 21-17, 17-21 manakala Zulfadli kalah kepada pemain Perancis, Brice Leverdez 22-20, 12-21 14-21.

Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei pula akan membuka kempennya menentang pemain Hong Kong, Wei Nan lewat malam tadi.

Ini diikuti perlawanan beregu lelaki negara, Goh V Shem-tan Wee Kiong yang bertemu beregu China, Liu Cheng-zhang Nan dan Koo Kien Keat-tan Boon Heong menentang beregu pilihan kelima Marcus Fernaldi Gideon-kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia