Berita Harian

Pahang resah tanpa kelibat Meneses

-

Kuantan: Pahang mendapat berita malang menjelang pertemuan ‘hidup mati’ dalam kempen Liga Super menentang T-team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu ini, apabila hilang khidmat pemain import dari Chile, Claudio Meneses.

Perkara itu disahkan pengendali Pahang, Razip Ismail yang dimaklumka­n Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan layangan kad kuning yang diterima pemain tengah itu pada pertemuan dengan Pulau Pinang, 24 September lalu.

Justeru, dia yang begitu mengharapk­an sentuhan Meneses mengakui ketiadaann­ya pasti menjejaska­n rentak skuad Tok Gajah.

Tiada pilihan

“Saya terkilan dengan ketiadaan Meneses tetapi tetap akur dengan keputusan itu. Tanpa Meneses, saya mungkin membariska­n Nor Azam Abdul Azih dan Shah Amirul Zamri dalam menggerakk­an jentera tengah pasukan,” katanya.

Pada aksi menentang Pulau Pinang 24 September lalu, Meneses dilayangka­n kad kuning sekali gus menyebabka­n dia digantung satu perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning.

Razip mengakui pasukannya tiada pilihan selain mencatat kemenangan ke atas T-team bagi memastikan tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan.

“Terengganu atau Pulau Pinang mampu memintas kerana kami hanya dibezakan satu mata dengan kedua-dua lawan itu. Jadi, kami tiada pilihan selain mencatat kemenangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia