Berita Harian

Kedah kekal barisan terkuat

Cheng Hoe mahu pastikan Helang Merah tutup tirai Liga Super dengan cemerlang

- Oleh Izzali Ismail

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menegaskan dia akan tetap membariska­n kesebelasa­n terbaik apabila turun melayan kunjungan FELDA United dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Mengakui kemenangan atau kekalahan tidak akan mengubah kedudukan Kedah di tangga ketiga, tetapi ia menyifatka­n perlawanan itu tetap penting sebagai persiapan Helang Merah menjelang aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 30 Oktober ini.

“Ramai yang mahu kita supaya tidak terlalu fokus kepada aksi lawan FELDA kerana khuatir pemain ditimpa kecederaan atau keletihan menjelang final Piala Malaysia.

Ujian terbaik

“Bagaimanap­un, saya tetap mahu perlawanan Jumaat ini dipandang serius kerana saya anggap ia sebahagian persediaan kita menjelang final Piala Malaysia. Ia adalah ujian terbaik kepada pemain dan saya harap mereka mampu memperagak­an aksi terbaik,” katanya.

Cheng Hoe berkata, perlawanan itu juga adalah medan membalas dendam selepas Kedah tewas 2-0 dalam perlawanan pembukaan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka 13 Februari lalu.

“Lagipun, perlawanan menentang FELDA adalah aksi terakhir musim ini di Stadium Darul Aman. Jadi, kita mahu menghadiah­kan penyokong setia dengan kemenangan sebagai tanda penghargaa­n kepada mereka yang banyak memberi sokongan sepanjang musim ini,” katanya.

 ??  ?? Cheng Hoe tak mahu abaikan kempen Liga Super sekalipun skuadnya sedang buat persiapan hadapi final Piala Malaysia.
Cheng Hoe tak mahu abaikan kempen Liga Super sekalipun skuadnya sedang buat persiapan hadapi final Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia