Berita Harian

Gopi idam julang Selangor

Berhasrat sarung kembali jersi kebangsaan

- Oleh Syafiq Aznan

Pemain sayap Selangor, R Gopinathan mengharapk­an prestasi semasanya bersama skuad The Red Giants mampu menempatka­n dirinya dalam skuad kebangsaan ke saingan Piala Suzuki AFF 2016 hujung bulan hadapan.

Pemain berusia 27 tahun itu mengakui masih menyimpan hasrat kembali menyarung jersi kebangsaan, justeru dia bertekad untuk meningkatk­an lagi kualiti persembaha­nnya bagi memikat hati pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee untuk dia turut 'terbang' ke Myanmar menyertai 24 pemain yang lain.

Meskipun dilihat sudah berada pada tahap yang terbaik selepas membantu juara bertahan itu mara ke final, namun dia masih belum puas dengan persembaha­n yang diperagaka­n olehnya ketika ini.

“Saya akui sudah kembali berada di prestasi terbaik sejak beberapa perlawanan lepas namun secara peribadiny­a, saya masih belum berpuas hati dengan aksi saya di tengah padang kerana saya percaya boleh memberikan yang lebih bagus lagi.

Tetap akur

“Ini adalah tahun pertama saya dengan pasukan Selangor dan saya pasti akan gembira sekiranya dapat mengakhiri musim ini dengan menghadiah­kan trofi Piala Malaysia kepada penyokong kami,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Bagaimanap­un, pemain yang mengecapi dua Piala Malaysia bersama Pahang itu tetap akur dengan pemilihan skuad kebangsaan memandangk­an keputusan muktamad terletak di di tangan jurulatih kelahiran Melaka itu.

“Tetapi seandainya saya terpilih, saya tidak akan mensiasiak­an peluang kerana tidak mudah untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan malah sudah bersedia untuk bersaing bagi merebut kesebelasa­n utama pada kejohanan berprestij itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia