Berita Harian

NS tekad pintas Kuala Lumpur

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Negeri Sembilan berharap mampu menamatkan kempen Liga Perdana di tangga keempat dengan memintas Kuala Lumpur dalam aksi terakhir malam esok.

Bagaimanap­un, Negeri Sembilan yang berkunjung ke Stadium Darul Makmur perlu menewaskan Kuantan FA dan mengharapk­an Kuala Lumpur tewas kepada PKNS FC di Stadium Selayang.

Tonggak pertahanan tengah pasukan, Mohd Nasriq Baharom berkata, dia dan rakan sepasukan mengakui misi ke Liga Super sudah berkubur, tetapi kemenangan ke atas Kuantan FA tetap diburu bagi meletakkan pasukan pada kedudukan lebih baik dalam carta.

Buru kemenangan

“Walaupun perlawanan terakhir Jumaat ini tidak banyak memberi makna, kami tetap memandang serius perlawanan itu dan tetap turun memburu kemenangan kerana misi kami ialah memintas Kuala Lumpur di tangga keempat,” katanya.

Berdasarka­n kedudukan carta, Negeri Sembilan kini menduduki tangga kelima dalam carta dengan 32 mata dan berpeluang memintas Kuala Lumpur yang mengutip 35 mata di tempat keempat dengan syarat Kuala Lumpur tumbang kepada PKNS.

Mohd Nasriq yang juga bekas pemain FELDA United berkata, semua pemain perlu fokus terhadap perlawanan itu dan memberikan persembaha­n terbaik kerana ia peluang terakhir buat mereka memikat pengurusan pasukan bagi persiapan musim depan.

 ??  ?? Nasriq (kiri) ingin membantu Negeri Sembilan menduduki tempat keempat Liga Perdana musim ini.
Nasriq (kiri) ingin membantu Negeri Sembilan menduduki tempat keempat Liga Perdana musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia