Berita Harian

Zeti anggotai panel penasihat AIIB

-

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai ahli panel penasihat antarabang­sa Bank Pelaburan Infrastruk­tur Asia (AIIB).

Zeti, yang disenaraik­an sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April selepas 16 tahun menerajui BNM.

Dalam kenyataan, AIIB mengumumka­n Zeti akan menyertai 10 ahli utama yang lain termasuk bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz; bekas Menteri Kewangan Sweden, Anders Borg; bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama dan Setiausaha Agung Yayasan Global, Steve Howard.

Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Strategi dan Kewangan Korea Selatan, Dr Ohseok Hyun, bekas Menteri Kewangan Nigeria dan bekas Pengarah Urusan Bank Dunia, Dr Ngozi OkonjoIwea­la.

Bekas Menteri Kewangan Timorleste, Emilia Pires; bekas Duta Amerika Syarikat, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Strategic Associates, Paul Speltz; bekas Ketua Ekonomi di Bank Dunia Lord Nicholas Stern dan bekas Ketua Eksekutif Hong Kong SAR, Tung Cheehwa.

AIIB berkata, mesyuarat pertama panel penasihat itu diadakan di Beijing, semalam.

Implikasi ekonomi global kepada operasi bank

“Panel itu menyediaka­n nasihat yang adil, objektif dan bebas kepada presiden, membolehka­n bank tersebut meraih manfaat daripada pengalaman dan kepakaran ahli panel,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut, ahli panel membincang­kan mengenai keadaan ekonomi global dan implikasin­ya kepada operasi bank, keperluan untuk menggalakk­an infrastruk­tur hijau dalam agenda global baharu dan kepentinga­n untuk meningkatk­an pembabitan sektor swasta dalam infrastruk­tur di rantau ini.

Pada akhir mesyuarat, Presiden AIIB, Jin Liqun berkata: “Ia satu penghormat­an besar menghimpun­kan kumpulan pemimpin peringkat antarabang­sa yang berpengala­man untuk memberi nasihat mengenai pembanguna­n strategi bank itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia