Berita Harian

Laba Digi naik 4 peratus kepada RM438 juta

-

(Digi) meraih keuntungan bersih RM438 juta pada suku ketiga tahun ini, meningkat empat peratus berbanding RM421 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Keuntungan bersih syarikat telekomuni­kasi itu juga lebih tinggi 10.3 peratus tahun ke tahun berbanding RM397 juta yang direkodkan pada suku ketiga tahun lalu.

Prestasi kewangan yang lebih kukuh tetap diraih Digi walaupun dengan pendapatan yang rendah sedikit 0.2 peratus kepada RM1.554 bilion yang dicatatkan pada suku dikaji daripada RM1.557 bilion suku sebelumnya dan 1.9 peratus lebih rendah berbanding RM1.584 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

Digi dalam satu kenyataan berkata, prestasi positif suku ketiga itu dipacu lonjakan pendapatan dalam portfolio pascabayar sebanyak 10.4 peratus kepada RM489 juta disokong pertumbuha­n 12.3 peratus dalam jumlah pelanggan.

Portfolio prabayar catat pertumbuha­n

“Pendapatan portfolio prabayar juga mencatat pertumbuha­n 6.7 peratus kepada RM1.065 bilion, kekal konsisten suku ke suku bagi membolehka­n Digi memperoleh pendapatan lebih kukuh berikutan langkah syarikat yang memberi tumpuan terhadap pertumbuha­n mampan dan kualiti pelanggan,” katanya.

Bagi suku dikaji, keuntungan sebelum cukai, kadar faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) Digi juga mengukuh 5.4 peratus kepada RM775 juta daripada RM735 juta suku sebelumnya dan melonjak 7.8 peratus daripada RM719 juta tahun ke tahun yang dicatatkan suku sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty, berkata ia adalah suku tahun yang penuh dengan persaingan, namun ia kekal berdaya tahan hasil daripada langkah pengurusan kos lebih berhemah.

“Pelanggan tetap menjadi keutamaan kami dan tumpuan Digi adalah untuk terus menyampaik­an nilai kepada mereka menerusi inovasi lebih mudah, pengalaman runcit dan digital lebih baik.

“Kami melihat kadar penembusan produk pascabayar dan prabayar terkini ditawarkan sangat positif dengan ia memberikan mereka lebih internet dan perkhidmat­an digital untuk melakukan perkara disukai menerusi rangkaian talian dengan konsisten,” katanya.

Berikutan prestasi lebih baik yang dicatatkan, Digi mengisytih­arkan dividen interim ketiga 5.6 sen sesaham bernilai RM435 juta, bersamaan dengan hampir 100 peratus pembayaran dividen.

 ??  ?? Albern Murty
Albern Murty
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia