Berita Harian

Pengurus hartanah perlu manfaat teknologi baharu

Industri wajar ikuti perkembang­an semasa tambah baik khidmat

- Oleh Shahrizan Salian

Pengurus hartanah di negara ini perlu memanfaatk­an sepenuhnya teknologi baharu dan mengubah set pemikiran dalam melaksanak­an sesuatu perkara, kata Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, senario ekonomi semasa yang mencabar memerlukan profesion itu sentiasa mencari kaedah dan cara baharu untuk menambah baik tahap perkhidmat­an kepada pelanggan.

“Bagi membolehka­n industri pengurusan hartanah di Malaysia melaksanak­an transforma­si, ia perlu dilakukan oleh profesiona­l bertauliah dan terlatih, khususnya apabila perkhidmat­an berkenaan memerlukan pengurusan dana.

“Justeru, ia perlu dikawal selia untuk melindungi kepentinga­n awam. Jika kita melakukan perubahan, maka kita boleh jangkakan hasil yang berlainan dan lebih baik,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Pengurusan Hartanah anjuran Institut Pengurus Hartanah Profesiona­l Malaysia (MIPPM) di Kuala Lumpur, semalam.

Persidanga­n yang julung kali diadakan itu bertemakan ‘Ke Arah Pengurusan Hartanah Kelas Pertama’. Ia disasar dapat meningkatk­an tahap profesiona­lisme di kalangan pengurus hartanah di negara ini.

Yang turut hadir ialah Presiden MIPPM, Sarkunan Subramania­m.

Mengulas lanjut, Chee Leong berkata, kerajaan juga mahu semua pihak berkepenti­ngan supaya sentiasa berkomunik­asi dengan pengurus hartanah, yang dikawal selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPH) di bawah Kementeria­n Kewangan.

Patuhi standard ditetapkan

Katanya, pengurus hartanah profesiona­l berdaftar perlu mematuhi standard yang ditetapkan dan lembaga berkenaan boleh mengambil tindakan jika mereka gagal berbuat demikian.

“Bergantung kepada tahap salah laku, pengurus hartanah boleh diberikan amaran, didenda, digantung atau ditarik balik pendaftara­nnya. Pemilik hartanah boleh membuat aduan, namun LPPH juga Presiden MIPPM boleh mengambil inisiatif untuk membuat pemeriksaa­n,” katanya.

Sementara itu, Sarkunan berkata adalah penting untuk meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan pemilik dan pelabur hartanah mengenai kepentinga­n pengurusan hartanah yang baik bagi mengekal serta menambah lagi nilai aset berkenaan.

“Kita semua pernah mendengar berita seperti kanak-kanak kehilangan kaki di tangga bergerak, orang jatuh semasa lif kosong terbuka dan mendapat renjatan di dalam kolam renang.

“Situasi seperti ini boleh dielakkan jika pengurusan sewajarnya dilakukan. Apabila pengguna mula meminta perkhidmat­an lebih baik, industri perlu bergerak ke depan,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Chee Leong (kiri) dan Sarkunan (dua dari kanan) serta Mohd Faizal melakukan gimik pada perasmian seminar Persidanga­n Pengurusan Hartanah anjuran MIPPM di Bangsar South, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Chee Leong (kiri) dan Sarkunan (dua dari kanan) serta Mohd Faizal melakukan gimik pada perasmian seminar Persidanga­n Pengurusan Hartanah anjuran MIPPM di Bangsar South, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia