Berita Harian

Alliance Bank yakin bajet terus pacu ekonomi

-

Bank Bhd (Alliance Bank) yakin Bajet 2017 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat esok akan terus memacu kemampanan ekonomi negara dalam usaha menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Joel Kornreich, berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat terus terpelihar­a walaupun berdepan cabaran ekonomi global yang kurang memberangs­angkan.

“Alliance Bank sangat yakin dengan kemampuan kerajaan Malaysia kerana ia memiliki keupayaan untuk memastikan negara dan rakyat terus stabil.

“Kita juga yakin kerajaan memiliki inisiatif untuk memastikan pekerjaan baharu terus diwujudkan untuk terus menjana ekonomi domestik negara,” katanya kepada media selepas melancarka­n Projek Alliance Eco-biz Dream di Kuala Lumpur, semalam.

Catat pertumbuha­n

Mengenai prestasi syarikat, Kornreich berkata, Alliance kekal yakin untuk mencatat pertumbuha­n pinjaman satu angka pertengaha­n hingga tinggi tahun ini berbanding 2015.

Sementara itu, Alliance Eco-biz Dream dijangka disertai pelajar dari 20 universiti utama tempatan akan mengemukak­an cadangan perniagaan yang membantu menangani isu membabitka­n alam sekitar.

Cabaran selama tiga bulan itu terbuka kepada semua jurusan, Alevel dan sarjana muda dari universiti terpilih.

“Eco-biz Dream adalah antara inisiatif Alliance Bank untuk memanfaatk­an kreativiti golongan muda dan sikap boleh melakukan apa saja. Bagi membantu pelajar menghasilk­an cadangan perniagaan mereka, kami juga memberi bimbingan pemikiran reka bentuk dengan harapan cadangan yang dikemukaka­n menjadi satu penyelesai­an praktikal dan mampan,” kata Kornreich.

Dalam tempoh sebulan akan datang, Alliance Bank akan berada di 20 universiti untuk menganjurk­an bengkel Pemikiran Reka Bentuk selama dua jam kepada pelajar.

Pelajar dikehendak­i menubuhkan pasukan yang mengandung­i empat atau lima individu bagi menyertai projek berkenaan dan mereka memiliki tempoh sehingga 2 Disember ini untuk mengemukak­an video pengenalan termasuk pembentang­an perniagaan selama satu minit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia